Anwar memperolehi 61% undi, menurut culaan PKR
Harakahdaily
"Berdasarkan culaan yang dibuat, Anwar mendahului dalam pengundian ini...Dan saya kira ia sebanyak 61 peratus," kata Naib Presiden, Sivarasah Rasiah.
Sivarasa berkata, calon Barisan Nasional, Arif Shah Omar Shah hanya memperolehi 39 peratus undi yang dibuang.
"Walau bagaimanapun kami tidak mahu mengisytiharkan kemenangan ini kerana mahu menunggu keputusan rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya.
Jika peratusan keluar mengundi adalah kira-kira 80 peratus, ini bermakna Anwar memperolehi 28,000 undi, manakala Arif hanya memperolehi 18,000 dengan majoriti 10,000 undi.
Sementara calon ketiga, Hanafi Hamat dari Akim dijangka tidak memperolehi undi yang banyak. - mns_
Tiada ulasan:
Catat Ulasan