HALAMAN SANTAI

Khamis, 28 Ogos 2008

Pakatan Rakyat serah surat lantik Anwar jadi Ketua Pembangkang
Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat hari ini menyerahkan surat perlantikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru sahaja memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh semalam, sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Ketua Whip PKR yang juga Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali menyerahkan surat tersebut kira-kira pukul 4.10 petang tadi kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di pejabatnya di Parlimen, di sini.

Azmin berkata, ketiga-tiga parti di bawah Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk melantik Anwar sebagai ketua mereka berkuat kuasa esok.

"Surat tersebut telah ditandatangani oleh saya sendiri selaku Ketua Whip PKR, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Whip DAP, Dr Tan Seng Giaw.

"Kita berharap pengumuman (Ketua Pembangkang) diumumkan esok selepas upacara mengangkat sumpah (oleh Anwar)," katanya kepada media di Lobi parlimen.

Tiada ulasan: