HALAMAN SANTAI

Khamis, 28 Ogos 2008

Perbelanjaan RM3 bilion untuk pertanian masih lembap

KUALA LUMPUR: Peruntukan RM3 bilion untuk perbelanjaan mengurus sektor pertanian tahun ini belum digunakan dengan maksimum, antaranya kerana bantuan tidak dapat diberi kepada projek yang dijalankan di tanah haram, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed.

Beliau berkata setakat ini hanya RM513 juta diluluskan untuk insentif pengeluaran pertanian.

"Ada banyak sebab yang halang. Ada pertanian itu dilakukan bukan untuk tanah milik sendirinya...tanah haram, jadi kita tak boleh bagi bantuan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pengembangan Pertanian 2008 di sini hari ini.

Mustapa berkata satu lagi faktor bantuan sukar diagihkan ialah ialah keengganan kerajaan negeri memberi kerjasama.

Beliau juga menyeru pegawai pertanian supaya mengetahui masalah petani dan mengambil tindakan dengan cepat.

"Kita hendaklah berada di bawah, berdamping dengan masyarakat, bila ada perkara penting berlaku, tak susah mereka cari kita," katanya. BERNAMA

Tiada ulasan: