HALAMAN SANTAI

Isnin, 25 Ogos 2008

Sumpah Saiful diatur Pegawai Khas Najib
Irwan Muhammad Zain


KUALA LUMPUR - Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof didedahkan sebagai individu yang terlibat dalam mengatur sumpah Saiful Bukhari Azlan di Masjid Wilayah Persekutuan pada 15 Ogos lalu.

Pendedahan tersebut dibuat oleh imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi dalam satu wawancara yang disiarkan dalam Suara Keadilan online.

"Saya ingin jelaskan ada seorang yang saya kenal, dialah yang mengatur sumpah Saiful. Yang saya pasti gambarnya dipaparkan di dalam internet di mana beliau bergambar bersama Saiful Bukhari di hadapan pejabat Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak. Saya rasa jawatannya adalah Pegawai Khas kepada Najib," katanya yang dipetik daripada laman web Suara Keadilan.com.

Ramlang juga mendedahkan bahawa beliau telah mendapat arahan dari pihak atasan jabatannya supaya hadir menyaksikan sumpah Saiful itu.

"Saya diarahkan oleh pihak atasan jabatan saya dan saya hanya mengikut arahan yang diberi kepada saya. Saya tidak terlibat dalam menyediakan teks atau apa yang perlu Saiful lakukan seperi perlu memegang al-Quran atau tidak," kata beliau.

Beliau turut mendakwa sumpah yang dilakukan oleh Saiful itu sebagai satu konspirasi terhadap Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim. - mks. _

Tiada ulasan: