HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 Ogos 2008

Himpunan keluarga merdeka Sabtu ini

Suara KeADILan


KUALA LUMPUR - Sempena bulan kemerdekaan, satu himpunan yang bertemakan Himpunan Keluarga Merdeka 2008 akan dianjurkan di sini, 29 Ogos ini ( esuk ).

Bertempat di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, majlis yang dianjurkan oleh Wanita KeADILan turut meraikan kemenangan rakyat selepas kejayaan Anwar Ibrahim dilantik kembali sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh

Himpunan itu juga akan menyaksikan pengiktirafan keatas jasa-jasa Presiden KeADILan, Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan penganugerahan Tokoh Serikandi Rakyat di atas sumbangan beliau kepada perjuangan reformasi dan rakyat.

Selain Anwar dan Dr Wan Azizah, Ketua Wanita KeADILan yang juga Ahli Parlimen Ampang, Saifuddin Nasution Ismail dan Dr Tan Yee Kew akan turut hadir di dalam majlis ini.

Semua rakyat dijemput hadir ke himpunan ini, majlis akan bermula pada jam 3 petang.

Tiada ulasan: