HALAMAN SANTAI

Isnin, 25 Ogos 2008

20 MP Pemuda BN ikrar tak lompat parti
Muda Mohd Noor

Semua 20 ahli parlimen Pemuda BN membuat ikrar taat setia akan terus bersama parti itu dan tidak akan mengkhianati parti itu dan jauh sekali menyertai mana-mana parti lain.


Ikrar taat setia itu dibacakan oleh ahli parlimen Petrajaya, Fadillah Yusof yang juga timbalan menteri sains, teknologi dan innovasi dalam sidang akhbar di Permatang Pauh hari ini.


Selain Fadillah, mereka yang hadir di majlis tersebut termasuklah ketua Pemuda BN Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Sembrong), Razali Ibrahim (Muar), Datuk Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong), Mohd Nizar Zakaria (Parit), Datuk Idris Haron (Tangga Batu), Datuk Seri Tiong King Sing (Bintulu) dan Datuk Abdul Rahman Dahlan (Kota Belud).


Ahli-ahli parlimen Pemuda yang turut menyatakan taat setia mereka ialah Khairy Jamaluddin (Rembau), Datuk Mukhriz Mahathir (Jerlun), Raimie Unggi (Tenom), Salleh Kalbi (Silam), Datuk Liow Tiong Lai (Bentong) dan Dr Wee Ka Siong (Ayer Hitam).


Turut berbuat demikian ialah Hou Kok Chung (Kluang), Wee Jeck Seng (Tanjong Piai), Liang Teck Meng (Simpang Renggam), Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman (Kota Samarahan), Hasbi Habibollah (Limbang/Bukit Mas) dan Chua Tee Yong (Labis).


Hishammuddin terus menunjukkan borang taat setia yang telah ditandatangani oleh ahli-ahli parlimen terbabit.


"Semua ahli parlimen Pemuda BN membuat ikrar sebegini rupa dan jika ada yang kata kami akan melompat parti, ia adalah kelentong semata-mata," kata Fadillah.


Bercakap dalam sidang akhbar tersebut, Hishammuddin berkata, taat setia ini dibuat sebagai inisiatif awal bagi mengelak desas-desus mengenai ahli parlimen BN melompat parti dimanipulasi.

Katanya, adalah mustahil pembangkang untuk mendapat seorang pun ahli parlimen Pemuda BN

Tiada ulasan: