HALAMAN SANTAI

Isnin, 23 Mac 2009

Norza dilarang pertahan MT Umno

MALAYSIA KINI


Datuk Norza Zakaria dilarang mempertahankan jawatannya sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno selepas didakwa mengamalkan rasuah di mahkamah baru-baru ini.

Keputusan jawatankuasa pengurusan hari ini dibuat susulan pertikaian beberapa pihak dalam parti itu apabila lembaga disiplin hanya melarang Datuk Seri Mohd Ali Rustam bertanding jawatan timbalan presiden.

Naib presiden itu, yang juga ketua menteri Melaka, dihalang bertanding setelah tiga ejennya didapati bersalah melakukan sogokan politik, awal minggu lalu.

Pada 13 Mac lalu, Norza dihadapkan di Mahkamah Majistret Temerloh atas dua tuduhan rasuah bagi mengekalkan jawatannya dalam MT.

Norza, yang juga ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut.

Pemilihan MT akan bermula pagi Rabu ini - hari pertama mesyuarat agung Umno - dan keputusan rasmi dijadual diumumkan kira-kira 10 malam hari yang sama.

Dalam reaksinya, Norza berkata keputusan jawatankuasa itu "tidak akan mematahkan semangatnya" untuk terus bersama parti itu.

"Bagi saya, keputusan ... itu adalah satu cabaran untuk memantapkan serta mengukuhkan komitmen saya dalam perjuangan Umno kerana saya meletakkan kepentingan Umno melampaui kepentingan diri saya sendiri," katanya dalam satu kenyataan.

"Agenda perubahan Datuk Seri Mohd Najib (Razak) ini perlu disokong bagi memastikan Umno terus diterima sebagai sebuah wadah penting membela nasib rakyat negara ini."

Tiada ulasan: