HALAMAN SANTAI

Isnin, 23 Mac 2009

Hasil Lelong dan Sumbangan ‘Plaque’ Demokrasi RM61,000.

buletinonline


Lima kepingan serpihan ‘plaque’ tugu peringatan pokok demokrasi dimana berlangsungnya sidang DUN Tergempar yang telah dihancurkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah berjaya dilelong.

Harga tertinggi yang berjaya dikutip dari lelongan itu ialah RM 17,100.00, yang ditawarkan oleh seorang ahli perniagaan dari Johor yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Lee.

Tetapi dia memberitahu para wartawan di lokasi, beliau hanyalah proksi kepada seorang kawannya, namun tidak mahu menghurai lebih lanjut.

Walau bagaimana pun, adalah dipercayai, pemilik ukiran daripada batu mar-mar hitam itu kini adalah seseorang yang berasal dari bandar Diraja, Kuala Kangsar.

Lelongan tersebut telah di anjurkan oleh DAP dan dilancarkan oleh Menteri Besar Pakatan Rakyat, YAB Dato’ Seri Nizar Jamaludin.

Frankie Wong dari DAP telah bertindak sebagai jurulelong dalam majlis yang berlangsung kira-kira sejam, disaksikan sama oleh pihak polis dan juga cawangan khas.

Majlis tersebut diadakan di bawah sebatang pokok Sena di Persiaran Istana bertentang dengan bangunan Perak Darul Ridzuan.

Keseluruhan jumlah kutipan dari lelongan tersebut serta sumbangan dari orang ramai berjumlah kira-kira RM61,000.00.

“Ia (kutipan lelong) akan digunakan untuk membina tugu peringatan baru yang lebih kukuh bagi demokrasi,” kata Nizar.

Tiada ulasan: