HALAMAN SANTAI

Isnin, 23 Mac 2009

Strategi 3M: Menerang, mendampingi dan menawan hati

SIASAH DAILY


BUKIT GANTANG : PAS akan mengambil pendekatan 3M dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang ini iaitu "Menerang, mendampingi dan menawan hati", kata Pengarah Operasi jentera pilihan raya kecil ini, Asmuni Awi.

"Tema untuk kempen PKR P059 pada kali ini pula ialah Kekalkan Kemenangan Untuk Rakyat," kata Asmuni Awi dalam sidang media yang diadakan dekat sini 21 Mac semalam.

Turut serta dalam sidang media tersebut ialah Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali.

Calon PAS akan diumumkan esok, 23 Mac di Taman Pekerjaya jam 9.00 malam, tempat calon BN diumumkan. Sehubungan itu, PAS mengucapkan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Taiping yang membenarkan kawasan itu digunakan untuk tujuan ini.

Sebelum itu, satu mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat akan diadakan bagi memutuskan calon PAS.

Dalam pada itu, Asmuni meluahkan rasa kesal terhadap taktik kotor yang digunakan oleh BN bagi pilihanraya kali ini.

Antaranya langkah BN mendesak pihak polis supaya menghalang ceramah yang diadakan di Simpang baru-baru ini dengan alasan kesesakan lalulintas. Akibatnya ceramah tersebut terpaksa berpindah tempat ke Markaz Bukit Cempedak di Bukit Gantang.

BN juga katanya, telah mengeluarkan risalah-risalah jahat dengan mengatakan PAS zionis, PAS bohong dimana ianya jelas bertentangan dengan pendekatan yang digunakan oleh PAS.

Tidak cukup dengan itu BN juga turut memainkan isu perkauman dengan membuat risalah sulit mengatakan bahawa orang Cina sedang membuat satu gerakan untuk menjadi Perdana Menteri. Risalah-risalah sulit ini telah diedarkan di masjid semasa orang ramai hendak menunaikan solat Jumaat.

Pada 13 Mac lepas, PAS telah membuat laporan polis berhubung dengan kes 25 batang bendera PAS telah dipatahkan, diikuti pada 16 Mac dimana Pas telah membuat satu lagi laporan polis berhubung dengan kes bendera PAS telah diconteng dengan perkataan bodoh dan akhir sekali pada 23 Mac, PAS telah membuat laporan polis mengenai risalah-risalah jahat yang telah ditujukan kepada PAS.

Asmuni juga menegaskan bahawa sokongan daripada semua rakyat untuk calon PAS dalam pilihan raya ini adalah penting tanpa mengira perkauman.

Beliau juga menambah, anak tempatan bukannya faktor penting untuk mempengaruhi pengundi, sebaliknya terdapat banyak lagi faktor-faktor lain yang boleh diterima pengundi dalam memilih calon.

Tiada ulasan: