HALAMAN SANTAI

Jumaat, 17 April 2009

Dun Perak bersidang 7 Mei?

SIASAH DAILY


IPOH : Setiausaha Dewan Undangan Negeri Perak yang digantung perkhidmatannya, Abdullah Antong Sabri memanggil sidang Dewan Undangan Negeri Perak 7 Mei ini, tujuh hari sebelum tarikhnya luput.

Langkah ini diambil ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak keputusan Jawatankuasa Terpilih Dun yang diketuai Speaker menggantung Datuk Dr Zambry dan barisan Exconya dari menjadi Adun Perak.

Seminggu lalu, Zambry pernah berkata, fokus utama kerajaannya sekarang adalah mengadakan sidang Dun sebelum ianya luput tarikh 15 Mei nanti.

Beliau berharap tidak ada mana-mana pihak khasnya Speaker yang membuat perangai tidak baik.

Semalam, Mahkamah Persekutuan memutuskan tindakan menggantung Zambry dan barisan Exconya dari Dun tidak sah.

Ekoran itu, bekas Hakim Mahkamah Rayuan, NH Chan membuat satu tulisan menarik dan mempertikaikan keputusan itu.

Tiada ulasan: