HALAMAN SANTAI

Jumaat, 17 April 2009

Timb Presiden temui pembaca esok

SUARA KEADILAN


KUALA LUMPUR - TIMBALAN Presiden KeADILan Syed Husin Ali akan hadir ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur sabtu ini bagi menemui pembaca buku yang dihasilkanya.

Tiga buku tulisanya, iaitu; Dua Wajah: Tahanan Tanpa Bicara dan versi englishnya Two Faces: Detention Without; Trial, Ethnic Relations in Malaysia: Harmony & Conflict dan The Malays:Their Problems and Future akan turut dijual ketika pesta buku berkenaan.

Beliau dijadualkan berada esok (18 April) di booth 3044 - 3046 Gerak Budaya,pada jam tiga hingga lima petang pada hari berkenaan.

Sementara itu, aktivis Hishamuddin Rais akan berada di booth yang sama pada 26 April ini pada jam 3 petang untuk mempromosikan bukunya, Keganasan, Penipuan, & Internet.

Pesta Buku Antarabangsa diadakan Dewan Tun Razak 3, Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur dari 17 hingga 26 April.

Untuk sebarang maklumat lanjut, lawati laman web Gerak Budaya di alamat http://www.gerakbudaya.com/

Tiada ulasan: