Wartawan Buletin
Kemaman – Hasrat Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak agar beliau disambut dengan 100,000 orang ketika pulang ke Pahang tidak kesampaian apabila hanya 40,000 sahaja yang hadir.
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani berkata Najib telah mengarahkan UMNO Pahang untuk mengerahkan 100,000 orang sempena kepulangan pertamanya ke Pekan sebagai Perdana Menteri Malaysia.
“Semalam saya berceramah di Kawasan Cini, orang-orang disana memberitahu, Najib minta 100,000 dikumpulkan untuk sambut kepulangannya,”kata Azman dalam program penerangan MTD Chukai di Dusun Nyior disini semalam.
Sebelum itu, Timbalan Yang DiPertua PAS Kemaman, Hj Hanafiah Ramly telah menyelar Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said yang didakwa tidak mampu lagi melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Menteri Besar.
Katanya Ahmad bukan sahaja gagal membawa sebarang pembangunan ke daerah Kemaman, malah gagal mengujudkan peluang pekerjaan baru, sejak beliau menjawat jawatan tersebut, setahun lalu.
“Hari ini satu laporan telah dibawa kepada Perdana Menteri oleh 10 orang ADUN menyatakan Menteri Besar yang ada hari ini tidak mampu lagi mentadbir negeri Terengganu,
“dan juga zaman Menteri Besar yang ada sekarang, tidak ada satu pembangunan pun yang dibawa oleh beliau sejak menjawat jawatan itu setahun lalu,”katanya dalam ucapan alu-aluan program yang sama.
Menurutnya yang paling mengecewakan, pada zaman PAS memerintah Terengganu, projek Jambatan yang menghubungi Kampung bakau Tinggi dengan Bukit Kuang telah diluluskan.
Katanya projek tersebut diletakkan dibawah Rancangan Malaysia ke 8 dimana JKR telah pun mengeluarkan tender kepada sebuah syarikat pembinaan dan laporan menyatakan ianya akan siap pada bulan Disember, 2009.
“Malangnya apabila kita kemukakan soalan kepada Sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini, jawapan nyang diberikan oleh kerajaan adalah,
“projek tersebut dimasukkan pula dibawah program ECER dan sedang dalam proses rekabentuk,”katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan