HALAMAN SANTAI

Khamis, 16 April 2009

Karnival Wanita Bersama Rakyat di Bandar Baru Sendayan Sabtu ini

Anna Yusof


KUALA LUMPUR : KeADILan Bahagian Rembau akan menganjurkan Karnival Wanita Bersama Rakyat bertempat di Bandar Baru Sendayan, Rembau, Seremban pada 18 April ini.

Tujuan karnival ialah untuk mendekati dan memahami rakyat khususnya wanita dalam menangani isu-isu semasa, berhibur serta mendaftar keahlian yang akan dijalankan bersama Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

“Kami mahu mengenal pasti permasalahan yang mereka hadapi untuk tampil menjadi ahli dan aktif dalam parti,” jelas setiausaha KeADILan Bahagian Rembau Norazizi A Aziz kepada Suara Keadilan.

“Saya menyeru kepada rakyat Felda Sendayan supaya tampil untuk mendapatkan penerangan dari pihak KeADILan cawangan Rembau disamping berhibur pada hari berkenaan,” kata beliau.

Salah satu acara utamanya adalah dialog bersama Wanita Keadilan yang akan menampilkan beberapa ahli majlis tertinggi KeADILan seperti Zuraidah Kamaruddin, Haniza Talha, Siti Mariah Mahmud dan Asiah Lamsah untuk memberi penerangan dan beramah mesra dengan penduduk.

“Pemeriksaan kesihatan wanita percuma, demo teh tarik oleh juara teh tarik F&N 2006 serta acara kanak-kanak juga tidak ketinggalan untuk memberi ruang imformasi dan bersantai kepada ahli keluarga untuk menyertai karnival ini,” tambah Norazizi.

“Kami juga menggalakkan supaya orang ramai memberi sumbangan kepada anak-anak yatim yang tinggal dalam Jentera Daerah Mengundi Rembau seramai 20 orang yang berumur diantara 4 hingga 17 tahun yang akan hadir bagi memeriahkan lagi karnival kali ini,” kata beliau lagi.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan pelancaran VCD Sendayan yang akan di rasmikan oleh Ketua Wanita KeADILan Zuraidah Kamaruddin.

Keterangan karnival adalah seperti berikut:-

Acara : Karnival Wanita Bersama Rakyat

Tempat : 419, Persiaran Idaman Villa, Bandar Baru Sendayan, Rembau, Seremban.

Tarikh : 18hb. April 2009

Waktu : 3.00 Petang - 7.00 Petang

Program : Dialog santai bersama Wanita Keadilan
- Pemeriksaan Kesihatan Percuma
- Pertandingan Mewarna kanak-kanak
- Kaunter keahlian KeADILan & Pas
- Kaunter pendaftran pengundi bersama SPR
- Demo Teh Tarik oleh juara Teh Tarik F&N 2006
- Sumbangan kepada Anak-anak yatim dari JDM, Rembau.

Ceramah Perdana : Tajuk - Isu Sendayan
- Pelancaran VCD Sendayan

Pencramah

- Zuraidah Kamaruddin
- Taufek Abd Ghani
- Chaa Kee Chin
- Aminuddin Harun
- Badrul Hisham Shahrin (Cikgu Bad)

Penutup : Penyampian hadiah

Tiada ulasan: