SINAR HARIAN ONLINE
SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh tidak mahu rakyat salah anggap berhubung isu Islam Hadhari dan Perkampungan Hadhari dalam kenyataan akhbar baru-baru ini.
Beliau berkata, Islam Hadhari tidak mempunyai hubung kait dengan Perkampungan Hadhari yang lebih menjurus kepada konsep perkampungan dengan memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan nasyid.
Menurutnya, perkampungan yang diadakan selama sembilan hari itu mendapat sambutan menggalakkan seluruh rakyat Terengganu khususnya.
“Tujuan diadakan perkampungan kerana kita hendak tukar konsep Jom Heboh lebih kepada konsep perkampungan.
Ia tiada kaitan langsung dengan Islam Hadhari, Perkampungan ini akan diteruskan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas sama ada mahu meneruskan atau tidak Perkampungan Hadhari selaras dengan isu Islam Hadhari yang sedang dikaji semula.
Terdahulu, Februari lalu kira-kira 1.2 juta orang mengunjungi program Perkampungan Hadhari di Taman Tamadun Islam, satu-satunya taman tema yang menempatkan replika monumen yang indah dan bersejarah dalam dunia Islam di negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan