HALAMAN SANTAI

Khamis, 16 April 2009

Perarakan hak asasi: 4 peguam, 3 aktivis dibebaskan

MALAYSIA KINI


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membebaskan empat peguam dan tiga aktivis daripada tuduhan menyertai perhimpunan haram hak asasi manusia di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada Disember 2007.

Hakim SM Komathy Suppiah berkata, pihak pendakwa telah gagal membuktikan sebarang kes terhadap mereka.

Berikutan keputusan tersebut, ketujuh-tujuh mereka tidak perlu membela diri.

Empat peguam berkenaan ialah R Sivarasa, N Surendran, Latheefa Koya (foto: kanan) and Amer Hamzah Arshad (foto: kiri).

Tiga aktivis terbabit pula ialah Nooraza Othman, Johny Anbu @ Abu Bakar Adnan dan Ashraf Sadakathullah.

Mereka juga menghadapi tuduhan tambahan melanggar arahan polis supaya bersurai.

Pendakwaan dilakukan DPP Raja Rozela Raja Toran manakala peguam M Puravalen mewakili ketujuh-tujuh tertuduh.

Tiada ulasan: