Harakahdaily |
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Jalil berdendam dengan kekalahannya dalam pilihan rayta umum lalu kepada anak beliau, Nurul Izzah Anwar di Lembah Pantai. Atas sebab itulah sehingga kini, beliau masih belum boleh memberikan sebarang ceramah di kawasan Parlimen itu, dakwa Anwar. (GAMBAR: Polis bernama Wan Bari naik ke pentas ceramah Anwar di Kerinchi malam tadi dan meminta Anwar turun dan hentikan ceramah - gambar Malaysiakini) "Entah mengapa sejak kemenangan kita usai tahun 2008, belum pernah sekali kami dibenarkan berucap di Lembah Pantai. Shahrizat terus berdendam dengan kekalahan dan Raja Nongchik menganggap beliau punyai kuasa mutlak. Dan polis bertindak sebagai alat penguasa Umno," kata Anwar dalam blognya mengulas tindakan polis malam tadi. Ekoran itu berlaku ketegangan antara Anwar dengan Wan Bari sehingga 10 minit di atas pentas itu. Anwar dihalang dari terus berucap hatta berdoa. Beliau diminta turun dari pentas dengan segera. |
HALAMAN SANTAI
Isnin, 25 Januari 2010
Shahrizat berdendam selepas kalah - Anwar
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan