HALAMAN SANTAI

Khamis, 24 Mei 2012

Memo dihantar pada IGP isu pergaduhan PKR-MIC

 
Aidila Razak


PKR menuntut pertemuan dengan ketua polis negara (IGP) bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan polis yang didakwa tidak bertindak dalam siasatan pergaduhan kumpulan PKR dan MIC di depan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada 2 Mei lalu.

Peguam M Manogaran berkata, pegawai khas IGP berjanji menghubunginya hari ini pada masa yang sesuai untuk mengaturkan pertemuan dengan bosnya Tan Sri Ismail Omar, timbalannya Datuk Khalid Abu Bakar atau Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Bakri Zinin.

NONE"Dia (pegawai IGP) juga mencadangkan pertemuan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur dan kami akan pertimbangkannya," katanya kepada pemberita di ibu pejabat polis Bukit Aman.

Manogaran yang juga anggota Parlimen Teluk Intan daripada DAP mengiringi kumpulan kira-kira 15 anggota PKR bagi menyerahkan memorandum kepada IGP berhubung insiden itu yang menyaksikan tiga orang tercedera.

Dalam insiden awal bulan ini, kedua-dua pihak PKR dan MCA masing-masing menafikan memulakan insiden itu.

PKR bagaimanapun sebelum ini mempamerkan 600 keping gambar pada hari kejadian bagi mempertahankan dakwaan mereka bahawa insiden itu disebabkan oleh MIC.

Tiada ulasan: