HALAMAN SANTAI

Khamis, 24 Mei 2012

Pua: Dakwaan Tajudin bayar lebih sukar dipercayai

MALAYSIA KINI

    

Setiausaha publisiti DAP Tony Pua berkata dakwaan ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bahawa kerajaan tidak mengalami kerugian dalam penyelesaian luar mahkamah di antara Pengurusan Danaharta Nasional Berhad dan bekas pengerusi Malaysia Airlines Tan Sri Tajudin Ramli merupakan kenyataan yang "sukar dipercayai."

Pua berkata dakwaan Khairy itu "kurang kredibiliti" memandangkan kerajaan merahsiakan episod penyelesaian ke atas pertikaian melibatkan hutang Tajudin berjumlah RM589.14 juta itu.

Ketua Pemuda Umno juga sekadar memetik 'sumber' yang mendakwa Tajudin mungkin telah membayar lebih daripada jumlah hutang tersebut, katanya lagi.

Khairy menyebut perkara itu ketika berucap dalam program debat bersama pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berhubung langkah menghapuskan hutang pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.

Tiada ulasan: