MALAYSIA KINI
Kesatuan
Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ) menggesa supaya siasatan
ke atas dakwaan serangan polis terhadap wartawan yang membuat liputan
perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu dijalankan jawatankuasa bebas dan
bukannya pasukan polis.Presidennya, Chin Sung Chew dalam satu kenyataan hari ini berkata siasatan harus dijalankan badan bebas kerana tuduhan itu serius dan melibatkan tindakan polis melakukan keganasan ke atas petugas media.
"Ianya jelas bertentangan dengan prinsip demokrasi serta bertentangan dengan hak wartawan untuk melakukan tugas dalam susana dan persekitaraan aman.
"Biarlah jawatankuasa tersebut memanggil anggota polis yang terlibat dan para wartawan dan jurugambar untuk memberi keterangan supaya orang ramai akhirnya mengetahui apa yang berlaku semasa perhimpunan BERSIH 3.0," katanya.
Beliau juga mengesyorkan supaya jawatankuasa bebas itu dianggotai sekurang-kurangnya oleh seorang hakim yang bersara, bekas presiden Majlis Peguam dan juga ahli akademik yang pakar dalam undang-undang kewartawanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan