HALAMAN SANTAI

Jumaat, 4 Mei 2012

Politik ‘selak kain’ jahanamkan fikiran rakyat – Shamsul

Oleh Aedi Asri


PETALING JAYA: Politik lucah Umno BN melalui media kawalannya dibimbangi akan menjahanamkan pemikiran rakyat, khususnya generasi muda, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.

“Strategi ‘selak kain’ dan tindakan jijik Umno tidak membawa kebaikan pada generasi muda malah langsung tidak mencerminkan politik kelas pertama,” katanya dalam sidang media bersama Ahli-ahli Parlimen KEADILAN di ibu pejabat parti, dekat sini hari ini.




Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Melaka itu turut menceritakan bagaimana gambar lucah itu mula meracuni minda pelajar sekolah.

“Hari ini sahaja, saya terima tiga panggilan daripada guru sekolah rendah dan sekolah agama.
“Mereka mengadu bahawa pelajar-pelajar mereka bertanya, apa yang dibuat oleh wanita dan lelaki dalam gambar itu?” jelasnya.

Beliau merujuk kepada beberapa gambar adegan seks seorang wanita dan lelaki, kononnya Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali, yang disiar di muka depan akhbar Utusan dan tabloid Kosmo pada 2 Mei lalu.

Gambar yang mula disebar di blog pro Umno itu menjadi fitnah baru Umno kepada KEADILAN dan Pakatan Rakyat.

Semalam, Azmin, melalui peguamcara Tetuan Edwin Lim Suren & Soh, menuntut Utusan meminta maaf dan menarik balik tuduhan itu, atau berdepan saman RM100 juta.

Hadir sama dalam sidang media itu, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin; Datuk Kamarul Baharin Abbas (Teluk Kemang), Azan Ismail (Indera Mahkota); Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat); Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan); Naib Presiden, Datuk Seri Chua Jui Meng; Pengerusi MPN Pahang, Datuk Fauzi Abd Rahman dan Ketua Penerangan, Dr Muhd Nur Manuty.

Tiada ulasan: