HALAMAN SANTAI

Selasa, 1 Mei 2012

Rozali sedia jika dipilih jadi calon

MALAYSIA KINI

Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad Tan Sri Rozali Ismail sedia mempertimbangkan menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang jika diminta berbuat demikian.

"Jika mereka mahu saya bertanding dan jika mereka fikir saya boleh jadi calon boleh menang, saya akan pertimbangkan," kata Rozali yang juga Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor, di Shah Alam hari ini.

Rozali berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada beliau sedia bertanding sebagai calon BN di Selangor pada pilihan raya umum ke-13.- Bernama

Tiada ulasan: