HALAMAN SANTAI

Selasa, 23 April 2013

'BN tak pernah buat kerja semacam itu'

 


 
BN Kedah membidas dakwaan PAS yang menuduh parti itu bertanggungjawab meletakkan kain rentang yang berunsur provokasi dan fitnah terhadap Pakatan Rakyat.

Pengerusinya Datuk Ahmad Bashah berpendapat tuduhan melulu itu hanya ditimbulkan untuk menimbulkan kontroversi di samping mencari publisiti murahan.

NONEBeliau yang juga calon BN DUN Bakar Bata menegaskan parti itu tidak pernah mengarahkan jentera atau penyokongnya berbuat demikian.

"Mungkin juga ada individu (tertentu) yang buat, selama pilihan raya kita tak pernah buat. BN tak pernah buat kerja-kerja semacam itu, tapi kalau ada individu yang buat, itu bukan salah kita.

"Mungkin ada penyokong BN yang tak tahan (kerana) geram, dia nak buat, ikut hak dia. Tapi kita nak arah orang kita buat, tidak. Mungkin orang depa buat, bagi timbul isu supaya nak memburukkan BN.

"Jadi, yang tak elok BN, yang elok puak depa (Pakatan). Mana ada macam itu?," katanya dalam sidang media malam tadi.

Ahmad Bashah mengulas amaran PAS Kedah yang mahu menurunkan sendiri kain rentang yang berunsur provokasi dan fitnah terhadap Pakatan Rakyat.

Setiausaha jabatan pilihan raya PAS negeri Zamri Ibrahim memberi tempoh 24 jam kepada pemantau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berbuat demikian.

Ahmad Bashah terdahulu mengadakan melawat pasar malam Taman Wira – salah satu kubu kuatnya – untuk bertemu dan bersalaman dengan peniaga kecil bagi meraih sokongan. 

Beliau juga mengedarkan 'Aku Janji BN Kedah' kepada peniaga dan pengunjung  yang antara lain memperbanyakkan peluang pekerjaan, membangunkan Jerlun sebagai Pusat Industri Minyak dan Gas dan Yan sebagai Zon Industri Petroleum Yan.

Selain itu, BN Kedah juga berjanji akan membaikpulih infrastruktur airm memperluaskan kawasan estet padi di kawasan MADA dan meningkat sara hidup petani, penternak dan nelayan.

Tiada ulasan: