KL TODAY
KERUSI
panas di Johor menyaksikan persaingan sengit membabitkan calon-calon
‘heavyweight’ pada PRU kali ini. Selain Gelang Patah yang disebut
sebagai kerusi paling panas, Johor turut memfokuskan kepada Parlimen
Air Hitam, yang menampilkan calon BN, Datuk Ir Wee Ka Siong menentang
Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas Pusat, Hu Pang Chaw mewakili
Pas.
Parlimen
Johor Bahru, Pulai, Segamat, dan Batu Pahat juga tersenarai sebagai
kerusi panas di negeri ini. Bagi kerusi Parlimen Ayer Hitam, pertaruhan
calon bukan Islam bagi Pas berjaya mencuri perhatian pengundi setempat
di situ malah dilihat memberi kelebihan buat calon pembangkang.
Pang Chaw mengakui terpegun dengan sokongan ahli Pas khususnya daripada kaum Melayu terhadapnya.
Katanya,
setelah beberapa hari berkempen, berceramah dan turun padang, dia
terharu dengan penerimaan ahli dan penduduk sekitar Parlimen Ayer Hitam
daripada pelbagai bangsa.
“Saya
dapat katakan setakat ini cabaran yang digembar-gemburkan hanyalah
‘permainan’ pihak lawan, yang cuba menakut-nakutkan saya tetapi
sebaliknya pula yang berlaku.
“Sehingga
hari ini (semalam), saya boleh katakan yang penduduk baik di Semarang,
Yong Peng dan Ayer Hitam, telah menyokong saya…orang Melayu kira-kita
70 peratus tidak menolak Pas.
“Sekarang
ini tumpuan kami ialah pengundi Cina, dan saya yakin kejayaan mampu
dikecapi terutamanya pengundi muda yang mahukan perubahan,” katanya
kepada Sinar Harian.
Sementara
itu, Ka Siong berkata, orang ramai tidak perlu terpedaya dengan janji
yang pembangkang bawa dan yakin yang BN akan mampu memenangi kerusi
Parlimen itu sekali lagi.
Katanya,
majoriti kemenangan mungkin akan bertambah kerana sokongan pengundi
baru cukup meyakinkan yang akan memberikan kemenangan kepada mereka,
selain tidak menganggap satu cabaran yang besar setelah Pas meletakkan
calon Cina untuk melawannya.
“Saya rasa
mereka akan menyesal dengan tindakan meletak calon Cina untuk tiket
Pas di sini, saya yakin sudah tentu pengundi mereka akan lari kerana
Pas tidak meletakkan calon yang mereka tidak kenal dan ia satu kerugian
buat mereka.
“Saya
yakin yang BN akan menang sekali lagi, orang Melayu, Cina dan India di
sini telah menyaksikan bukti pembangunan yang telah dilakukan oleh BN,”
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan