Sebelum ini, Berita Semasa pernah menyentuh salah satu produk 1Malaysia iaitu Kedai Rakyat 1Malaysia seperti (DI SINI) di mana kami menyokong penuh usaha kerajaan dengan harapan dapat meringankan beban kos sara hidup rakyat Malaysia.
Dalam masa yang sama Berita Semasa
sempat menemplak pimpinan Pakatan Rakyat yang acapkali mengkritik
kewududan salah satu Produk 1malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (DI SINI). Tetapi…..
Senarai Produk 1Malaysia : Debat Rafizi VS Muhyiddin?
Sumber : Portal 1Malaysia
Tetapi itu ceritanya apabila kalangan
kami hanya mendengar daripada jauh sahaja pengumuman pengenalan Kedai
Rakyat 1Malaysia sahaja dan dalam pada masa yang sama memberikan peluang
kepada kerajaan untuk membuktikan yang terbaik kepada rakyat Malaysia.
Akhirnya Berita Semasa bertindak menjadi salah seorang pelanggan di
Kedai Rakyat 1Malaysia contoh untuk tujuan dan menyokong usaha “murni”
kerajaan. Hasilnya…..
- banyak barangan jauh lebih murah berbanding Kedai Rakyat 1Malaysia (Econsave, Sakan, Billion) dengan kualiti yang lebih baik
- kedai berapa biji sahaja meskipun dikatakan akan diperluas tetapi bilangannya masih belum meluas terutamanya di kawasan pedalaman. Belum kira kos minyak kenderaan pergi balik lagi.
- Kualiti? Minta maaf kami cakap. FAILED!!! Minuman koko 1Malaysia boleh bersaing dan sesedap Milo? Aduhhh….terus terang menyesal. Tetapi apa nak buat, sudah “terkena”.
- Kebanyakan produk dan barangan seperti kicap, sos, sardin, beras dan lain-lain lagi yang djual kepada rakyat ada gred B. Bukan ini yang rakyat mahukan sebenarnya….
- Untuk membuka kedai rakyat 1Malaysia adakah percuma? Kena sewa kedai, kena bayar gaji pekerja, lagi duit keluar lagi
Hakikatnya….dana
sekurang-kurangnya RM400 Juta yang digunakan untuk membuka Kedai Rakyat
1Malaysia (KR1M) menggunakan dana rakyat malaysia juga. Duit anda
semua?
- Terus terang kami ingin katakan di sini, isu ini bukan soal beli tak nak beli di Kedai 1Malaysia
- Masalahnya, dana rakyat Malaysia berjumlah sekurang-kurangnya RM400 juta oleh kerajaan Malaysia untuk KR1M
- Akhirnya kualiti barangan & produk yang disediakan kepada rakyat termasuklah kami yang pernah menjadi pelanggan di sana agak mengecewakan
- Kualiti hancur, harga barangan tidak semurah mana
- Sedangkan Econsave, Sakan, Billion dan lain-lain lagi boleh jual barang lagi murah tanpa duit rakyat sesen pun
- Rakyat mahukan harga barangan yang berkualiti yang dijual pada harga yang lebih berpatutan
Sumber : Kosmo Online
Sumber : Sinar Harian
Berita Semasa berharap debat Rafizi VS
Muhiddin Yaasin ini menjadi realiti. Jikalau Datuk Seri Najib kelihatan
sibuk berkempen sempena Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13)
di sana sini secara “one way” dengan rakyat Malaysia menjelang PRU13,
Tan Sri Muhyiddin Yaasin boleh menggunakan kesempatan dalam Debat produk
1malaysia ini dengan sebaiknya atas nama untuk mengurangkan beban sara
hidup rakyat Malaysia.
“Tiada gunanya baling batu sembunyi tangan”
Bersemuka sesama sendiri dan pertahankan
setiap dasar dan pelan setiap parti. Sebenarnya, untuk
kerajaan menangani bebanan sara hidup yang dihadapi rakyat, cara terbaik
adalah dengan menyelesaikan dua perkara – pertama, dengan mengawal dan
menurunkan harga barang dan kedua, mengurangkan beban hutang rakyat
akibat herotan dalam pasaran.
P/S : Semoga debat Rafizi VS Muhyiddin
menjadi realiti. Orang bawahan boleh, takkanlah pimpinan di peringkat
atas tidak boleh bukan? Apa pendapat anda dengan deretan produk
1Malaysia yang ditawarkan kepada rakyat seperti anda, anda ketika ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan