HALAMAN SANTAI

Rabu, 24 April 2013

Nizar nafi PR tiru manifesto BN Perak

SINAR HARIAN

 Mohammad Nizar Jamaluddin
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
 
IPOH - Pengerusi Pakatan Rakyat (PR) Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menafikan mereka menciplak manifesto Barisan Nasional (BN) Perak.
  
Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak berkata, tuduhan itu tidak berasas kerana manifesto mereka diumumkan seminggu lebih awal dari BN.
  
"Manifesto kami adalah asli dan tidak diciplak dari mana-mana parti. Malah ia telah siap November tahun lepas sebelum ditambah baik dan dimuktamadkan pada Januari tahun ini.
  
"Ia kemudian diumum minggu lepas. Justeru saya menafikan sekeras-kerasnya ada unsur peniruan dalam manifesto kami," katanya kepada pemberita di pejabat Pas di sini hari ini.
  
Mohammad Nizar yang akan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri Changkat Jering turut mencabar Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir untuk berdebat secara terbuka mengenai manifesto masing-masing. - Bernama

Tiada ulasan: