Noh bersama Halimaton (kiri) di Majlis Ramah Mesra Kementerian Pertanian dan Industri Asas, semalam.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, keadaan tersebut menyebabkan mereka menggunakan logo parti masing-masing dan berbeza dengan BN yang berkongsi kuasa dan menggunakan satu lambang (dacing) dalam pilihan raya.
“PR ini seperti orang yang bersekedudukan, duduk serumah, tidur sama, makan sama ini orang kata kahwin tidak sah sebab bersekedudukan tetapi tiada sijil nikah.
“Berbeza dengan BN, ada sijil nikah sebab itu apabila bertanding kita menggunakan dacing. Seperti di Subang, kita ada MIC, Gerakan dan juga Umno tetapi bertanding kita guna lambang dacing kerana hendak membela nasib rakyat,” katanya dalam ucapan di Majlis Ramah Mesra Kementerian Pertanian dan Industri Asas bersama rakyat anjuran Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Tani (Tekun) di sini, semalam.
Hadir sama, calon Parlimen Subang, A Prakash Rao; calon Dun Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan, calon Dun Paya Jaras dan Datuk Ir Muhammad Bushro Mat Johor.
Dalam ucapan tersebut katanya, kajian bank dunia mengakui Malaysia adalah negara nombor satu di dunia yang benar menyediakan kemudahan mikro kredit kepada rakyat dan menghasilkan ramai usahawan berjaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan