Ketika ditemui di sebuah majlis di Sibu hari ini, Taib ditanya mengenai rancangan persaraannya, tetapi beliau sebaliknya menjawab dengan soalan lain.
"Anda mahu saya bersara? Bila anda akan bersara? Anda beritahu saya," katanya.
"Saya putuskan bilakah masa terbaik untuk berundur."
Sepanjang kempen pilihan raya negeri Sarawak pada tahun 2011, Taib dibelenggu dengan persoalan bila beliau akan berundur dan ia menjadi isu utama kempen Pakatan Rakyat.
Taib, kini 76, telah menerajui Sarawak selama 32 tahun dan merupakan ketua menteri yang paling lama dalam sejarah Malaysia.
Ekoran desakan berterusan sewaktu kempen pilihan raya negeri, Taib akhirnya dilaporkan berkata, beliau akan berundur dalam masa dua tahun.
Tetapi selepas BN Sarawak memenangi pilihan raya negeri dengan majoriti yang sangat meyakinkan, Taib dilaporkan membayangkan bahawa beliau akan berundur pada "pertengahan penggal".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan