SINAR HARIAN
KUALA LUMPUR - Kursus Asas Haji selama dua hari yang dijadualkan
bermula 4 Mei ini ditangguhkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya
Umum ke-13, 5 Mei ini.
Lembaga Tabung Haji (TH) dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata bagaimanapun tarikh baharu belum diputuskan.
Kursus Asas Haji itu merupakan modul bimbingan haji bersepadu yang
memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai tata cara menunaikan haji
khususnya kepada bakal jemaah haji bagi tahun 2013/1434H.
Justeru, TH menasihatkan semua bakal jemaah haji supaya berhubung terus
dengan cawangannya dan penganjur kursus berhampiran bagi memperoleh
maklumat terkini mengenai tarihk, masa dan tempat kursus akan diadakan.
Bakal jemaah juga boleh berhubung terus dengan TH Contact Centre di talian 03-6207 1919. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan