MALAYSIA KINI
Bekas
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri
Shahrizat Abdul Jalil berkata, semua pihak perlu memberi ruang kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan
penyelewengan dana Program Akhiri Zaman Miskin (1Azam)."Terpulang kepada kebijaksanaan SPRM untuk mengambil keputusan sewajarnya berdasarkan kepada hasil siasatan itu," katanya kepada pemberita di ibunegara malam tadi.
Shahrizat yang juga ketua Wanita Umno berkata setakat ini beliau tidak dipanggil oleh SPRM untuk membantu siasatan kes itu.
Semalam media melaporkan seorang bekas setiausaha politik kepada bekas menteri kabinet dibebaskan dengan ikat jamin RM100,000 selepas ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana program 1Azam.
SPRM turut menyita 10 kenderaan mewah yang dipercayai berkaitan dengan kes itu.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan