Pembentangan Bajet 2014 akan diumumkan
tidak lama sahaja lagi. Dan telah ada perkhabaran yang mana senaraian
subsidi yang dinikmati oleh kalangan rakyat Malaysia akan terus ditarik
secara beransur-ansur untuk dihapuskan tidak lama sahaja lagi di mana
akan digantikan pula dengan pembayaran tunai BR1M 3 (2014). Dan….
Dan yang menariknya lagi, dijangka juga
dalam pembentangan Bajet 2014 kali akan dimasukkan sekali cukai barangan
dan perkhidmatan (GST) seperti yang diperkatakan ramai sebelum ini di
mana ia akan dilaksanakan selepas berakhirnya Pilihanraya Umum ke 13.
Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Kementerian Kewangan, aapa
tujuan dilakukan semua ini? Nah…ini jawapannya …..
“memelihara negara dan tidak membebankan rakyat”
Ini semua berpunca melihatkan kepada
keadaan ekonomi Malaysia yang akan terus tidak menentu dek kerana
pertumbuhan rendah dan penurunan imbangan akaun semasa.
GST dijangka akan mengambil masa 14 bulan untuk dilaksanakan selepas ia mula diumumkan kelak dalam pembentangan Bajet 2014. Insyaallah.
GST bukannya pilihan untuk orang ramai,
tetapi adalah kemestian kepada semua orang Malaysia keculai barangan
seperti susu dan tepung yang akan diberikan rebet sifar.
Pengurangan subsidi akan mula diumumkan pada minggu hadapan. Nantikan. Apa kata anda pula? Sudah bersedia?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan