HALAMAN SANTAI

Isnin, 2 September 2013

Syarat Jual Hartanah Kepada Warga Asing : (Tidak Boleh Jual Rumah & Status Freehold. Minimum Harga RM1 Juta). Apa Kata Anda?

S

hartanah malaysia

Baru-baru ini, Berita Semasa ada singgah ke beberapa showroom hartanah. Sempat berborak panjang dengan beberapa individu bahagian jualan & promosi hartanah mereka. Berita Semasa ada bertanyakan beberapa persoalan, antaranya :
  • Macammanamana dengan jualan hartanah anda sekarang?
  • Mudah mahu menjual hartanah anda ini? Berdasarkan nilai satu kaki persegi yang anda tawarkan untuk jualan bagi kami agak tinggi. Tidak rasa risaukah atau terbebankan sekaligus akan memberikan kesan jualan hartanah anda jikalau rakyat Malaysia tidak boleh membelinya?
Apa jawapannya? Jangan risau tuan. Kalau orang Malaysia tidak boleh beli, orang Singapore ramai yang lebih berminat dan berkemampuan, saudagar Arab, pelabur daripada China. Nampak? Ada mereka kisah mengenai nasib & masalah rakyat Malaysia?

hartanah malaysia 

Kata beliau lagi, sebenarnya tuan pemaju hartanah ini adalah dari Singapore. Jadi memang perancangannya untuk menarik kebanyakan pelabur daripada Singapore untuk memiliki hartanah alternatif di Malaysia. Apalah sangat dengan hartanah bernilai dengan RM700,000 atau RM1 juta di Malaysia bagi pelabur Singapore. Ini kerana untuk harga sebegitu rupa di Singapore, mereka hanya berhak dan mampu merasai sekitar setengah sahaja keluasan kaki persegi seperti yang ditawarkan di Malaysia.

Jadi, jikalau pemaju hartanah di Malaysia tidak ambil peduli dengan nasib golongan pertengahan dan serdahana serta berpendapatan rendah di Malaysia, siapa yang patut ambil langkah yang lebih efektif dan “keras” terhadap kapitalis hartanah ini?

Cadangan Mengawal Harga Rumah Daripada Terus Melonjak

Realitinya kita boleh lihat sekarang, terdapat banyak kawasan perumahan baru, rumah masih banyak kosong tiada orang tingal sedangkan semua sudah habis dibeli. Akhirnya kesengsaraan orang lain, menjadi keuntungan kepada yang lain. Warga Asing dibenarkan beli kondominium sahaja.

Ayuh mari kita senarai cadangan yang dilihat mampu mengawal lonjakan nilai hartanah di Malaysia sehingga melebihi dan menjangkaui kemampuan rakyat Malaysia.
  1. Warga asing tidak boleh beli rumah, hanya kondominium mewah sahaja dibenarkan. Itupun harganya mesti melebihi RM 1 juta. Setuju?
  2. Warga asing tidak dibenarkan sesekali membeli kondominimum yang berstatus freehold, hanya leasehold sahaja. Itupun tidak boleh sahaja kemudahan yang diberikan kepada rakyat Malaysia iaitu pajakan 99 tahun. Mesti kurang tempohnya daripada yang ini.
  3. Status rumah tidak boleh sesekalai ditukar walaupun tiada pembeli. Jikalau lotbumi tidak terjual selepas beberapa tempoh, tetap tudak dibenarkan sama sekali untuk ditukarkan kepada “international lot”
  4. Ada kuota untuk warga asing membeli untuk satu-satu projek. Contohnya? Jikalau projek tersebuah menyediakan 100 unit, cuma 20 sahaja (10% sahaja) dibenarkan untuk dibuka jualannya kepada warga asing. Tempoh hari di Johor Baru, satu projek kondominium mewah telah dibuka untuk jualan. Malangnya pembukannya di Singapore, akhirnya 80% telah dibeli ooleh Singaporean. Kerajaan mana? Kerajaan? (Akhirnya keluar kenyataan di sini, yang mengatakan rakyat Johor lebih miskin VS rakyat Kelantan)
  5. Bagaimana pula dengan anda? Ada cadangan lain?
Sukarkah cadangan seperti di atas ini? Mahu atau tidak sahaja dilaksanakannya. Jikalau kerajaan Malaysia benar-benar mengasihi dan prihatin dengan masalah kebanyakan rakyat Malaysia, bertindaklah segera selaras dengan slogan”Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan“, sebelum rakyat yang bertindak.

Sudahlah nilai hartanah mahal, kadar faedah yang ditawarkan pihak bank membebankan pembeli. Pembeli beli rumah contohnya pada harga RM200,000. RIBA sahaja sudah menjangkaui RM400,000. Jadi pembayaran harga rumah sebenarnya telah pun mencecah RM600,000 untuk temoh-tempoh tertentu. Pokoknya adalah RIBA! Altertanif lain, Perbankan Islam? (KLIK SINI)

Pemilikkan Hartanah di Malaysia : Warga Asing VS Rakyat Malaysia

hartanah malaysia 

Apa yang Berita Semasa perhatikan sekarang ini, kebanyakan kondominium mewah dan rumah-rumah teres yang bernilai tinggi mendapatkan permintaan yang cukup-ckup menggalakkan terutamnya pelabur dari Singapore, China, Taiwan, Jepun, dan juga Timur Tengah. Oleh itu, apabila sudah ada permintaan yang cukup mewah daripada wargas ing, pemaju hanya mampu tersenyum riang mengira pula potensi keuntungan besar yang bakal diperolehi mereka. Akhirnya harga rumah akan terus naik dan melonjak tinggi dan kebanyakannya dimilki oleh warga asing.

Sebagai contohnya di Puchong, terdapat satu kawasan perumahan baru dibuka di sana. Kebnayakan warga asing yang berminat dengan hartanah di sana kebanyakannya dari Taiwan. Dan..selagi war gasing bebas membeli dan memiliki rumah dan hartanah di Malaysia tanpa kawalan, selagi itulah harga hartanah akan terus melambung sehingga rakyat Malaysia mampu memandang & terlopong sahaja. Memang kenalah dengan bait-bait lagu Anak Kecil Main Api (Bumi ini dipijak milik orang)

Dalam pada masa yang sama, cadangan Berita Semasa ialah supaya sementara kerajaan melaksanakan tindakan mereka, anda boleh mencari alternatif lain. Dalam pada masa sekarang rumah tetap akan naik bukan? Bukankah ada alternatif lain. Iaitu Rumah Lelong. Cari rumah lelong, mulakan daripada sekarang simpanan tunai yang lebih. Dijangka pemerhati ekonomi sudah mula meramal dan menjangkakan akhir tahun 2016 ekonomi akan mula lembap terutamanya melibatkan negara-negara membangun termasuklah Malaysia. Jadi pada masa itulah, sama-sama cari rumah lelong yang “berpotensi” bukannya main serkap jarang sahaja. Apa pendapat dan respon balas anda pula?

Tiada ulasan: