KES jenayah yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini menimbulkan kebimbangan rakyat.
Tugasan berat tentunya diletakkan di bahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertanggungjawab memastikan keselamatan dan ketenteraman awam.
Ikuti wawancara wartawan Sinar Harian, Siti Nursyahidah Abu Bakar dan jurufoto, Zulfadhli Zaki bersama TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI, DATUK Dr WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR bagi mendapatkan pandangan beliau mengenai isu peningkatan jenayah kebelakangan ini.
[SAKSIKAN VIDEO WAWANCARA DI SINAR TV]
Boleh Datuk kongsikan cabaran setelah tiga bulan memegang portfolio ini?
Setiap jawatan yang saya pegang ada cabaran tertentu. Tetapi saya ada motivasi tinggi dan rajin belajar perkara baharu. Saya tidak akan menggalas sesuatu jawatan tanpa pengetahuan yang berkaitan dengannya. Tugas KDN amat besar berbanding kementerian lain.
KDN juga mempunyai banyak badan dan agensi di bawahnya iaitu polis, imigresen, dan Jabatan Pendaftaran. Kesemua agensi ini mempunyai garis panduan undang-undang tersendiri.
Dalam keadaan ini, KDN perlu bertindak di barisan hadapan. Segala kelemahan daripada agensi ini akan membayangkan kelemahan kerajaan keseluruhannya. Jadi, kementerian ini memberi cabaran besar kepada sesiapa saja yang jadi menteri dan timbalan menteri. Setelah tiga bulan bersama KDN, saya berdepan keadaan yang tidak menentu.
Sebahagiannya adalah realiti tetapi ada juga persepsi. Persepsi berbangkit daripada keadaan semasa dunia dengan kebangkitan pelbagai media baru. Ada maklumat yang disampaikan tidak benar.
Cabaran kita bukan saja dari sudut menangani masalah, tetapi juga untuk menangani persepsi yang terbina daripada perkhabaran yang tersebar. Namun, Alhamdulillah, menteri amat tegas dan saya sendiri sentiasa menyokong beliau.
Bagaimana Datuk melihat isu peningkatan jenayah kebelakangan ini? Adakah Ordinan Darurat (EO) antara faktor peningkatan jenayah?
Saya tidak mengatakan 100 peratus perkara ini disebabkan pemansuhan EO. Selepas EO dimansuhkan, pihak berkuasa mengambil masa untuk memutuskan sama ada tahanan di bawah EO ketika akan ditahan atau dilepaskan.
Namun, undang-undang sedia ada kita tidak boleh menahan seseorang dalam masa panjang. Apa yang KDN sedar ketika itu, ada kemungkinan mereka yang dilepaskan itu akan mendatangkan kesan.
Data dan statistik menunjukkan, dalam masa singkat selepas tahanan EO dilepaskan, kadar jenayah terus meningkat khususnya jenayah kejam.
Walaupun polis menyedari kesan ini namun mereka tidak boleh bertindak atas fakta saja. Polis kena ambil bukti benar atau tidak lepasan tahanan EO menyebabkan peningkatan jenayah.
Polis perlu yakinkan banyak pihak termasuk Perdana Menteri. Selepas penjelasan dibuat oleh pihak terlibat, kita dapat pastikan memang inilah kesannya (jenayah meningkat) selepas tahanan EO dilepaskan. Apabila perkara ini berlaku, nampaknya kita telah kehilangan ‘alat’ iaitu undang-undang itu sendiri. EO sudah tidak ada, jadi kita tidak boleh buat lagi.
Apa yang berlaku sekarang memang ada hubungkait undang-undang yang tidak mencukupi. Kita boleh tangkap penjenayah kecil-kecilan, tetapi ketua mereka terlepas. Polis tahu suspek tapi mereka tiada bukti nyata.
Orang ini juga tidak akan berani beri penjelasan secara terbuka kepada polis apatah lagi untuk menjadi saksi di mahkamah. Oleh itu, kita amat memerlukan undang-undang bagi mengatasi masalah ini.
Kita terima hakikat pihak penguatkuasa mahu EO diperkenalkan semula. Dalam masa sama, kerajaan juga tidak akan terus menerima cadangan ini. Kita perlu meneliti pandangan pelbagai pihak untuk semak dan imbang.
Boleh Datuk terangkan status terkini akta baru yang akan menggantikan EO? Adakah undang-undang baru ini mampu menggantikan fungsi EO dan jamin hak asasi manusia?
Kita masih dalam peringkat penyelidikan. Kerajaan telah mengadakan satu forum yang disertai pelbagai pihak baru-baru ini bagi membincangkan undang-undang yang sesuai untuk diperkenalkan. Apa yang jelas, undang-undang ini untuk pencegahan jenayah tetapi bukan dengan memperkenalkan semula EO.
Jauh bezanya EO dengan undang-undang pencegahan jenayah ini. Kita juga beri jaminan hak asasi manusia akan tetap dipertahankan.
Tidak ada undang-undang baru. Tetapi ada kemungkinan, kita akan meminda undang-undang sedia ada yang berhubung kait. Misalnya, undang-undang pencegahan jenayah ada kaitan dengan undang-undang peraturan jenayah dan Sosma (Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-langkah Khas).
Saya percaya penjelasan yang dibuat Perdana Menteri dan menteri KDN sebelum ini cukup untuk meyakinkan rakyat bahawa undang-undang yang sama seperti EO tidak akan diperkenalkan.
Adakah undang-undang yang bakal diperkenalkan itu dapat menapis persepsi polis terlalu bergantung pada EO?
Walaupun dahulu polis bergantung dengan EO, tetapi saya cukup yakin pindaan undang-undang yang dicadangkan ini dapat mengatasi kelemahan tersebut. Dalam melaksanakan undang-undang yang dapat memuaskan hati semua pihak, kita perlu lihat kepentingan umum melebihi kepentingan kelompok tertentu.
Susulan pelancaran Ops Cantas, ramai pihak terutama masyarakat setempat rasa selamat dan bersyukur. Adakah operasi ini akan diteruskan sehingga penjenayah benar-benar sifar?
Jenayah akan tetap berlaku kerana naluri manusia tidak boleh dihalang daripada melakukan kejahatan. Namun, saya lihat, Ops Cantas merupakan operasi yang mampu mengembalikan kredibiliti polis di mata masyarakat.
Polis telah bertindak dengan begitu baik. Dalam masa singkat, Ops Cantas telah berjaya membanteras mereka yang terlibat dalam gengsterisme. Selepas penembakan gengster di Pulau Pinang, ada yang mempersoalkan tindakan polis.
Saya tidak setuju dengan mereka yang mengkritik polis. Jika polis menjalankan tugas dan berhadapan orang yang bersenjata, adakah polis perlu melepaskan mereka dan seterusnya mengancam masyarakat?
Jadi, polis tiada pilihan lain. Malah, polis juga telah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. Saya percaya Ops Cantas ini akan diteruskan malah diperketatkan lagi di seluruh negara.
Apakah tindakan susulan KDN bagi mengatasi kebanjiran kongsi gelap selepas mengumumkan 49 nama kumpulan haram itu?
Selepas ini, kita akan terus memantau agar tiada pihak ambil peluang untuk jalankan aktiviti seumpama itu. Kuasa kita di sini ialah mewartakan pertubuhan kongsi gelap yang diharamkan.
Selepas pewartaan tersebut, polis boleh ambil tindakan. Polis akan memainkan peranan dengan garis panduan yang diberikan oleh KDN. Kita tidak akan masuk campur dengan tindakan politik dan sebagainya. Keputusan polis akan dibuat secara profesional dan berpandukan undang-undang.
Selain faktor EO dan kongsi gelap, adakah penyeludupan senjata di sempadan juga dikaitkan dalam peningkatan kes jenayah?
Memang tidak dinafikan ada hubung kaitnya. Ini disebabkan keghairahan penjenayah melakukan keganasan dan menggunakan senjata yang mudah didapati. Bukan mudah sebenarnya hendak mendapatkan senjata di Malaysia berbanding di negara jiran. Sempadan kita begitu panjang dan sukar dijaga. Sepanjang 95 kilometer Sungai Golok di Kelantan, ada 150 jeti haram dan 49 daripadanya beroperasi dengan aktif. Jadi, ada kemungkinan aktiviti penyeludupan dilakukan melalui jeti haram ini.
Hasil perjumpaan dengan 14 agensi penguatkuasaan di sempadan Thailand-Kelantan, mereka meminta agar Kompleks Imigresen Kastam dan Kuarantin (CIQ) kita dilengkapkan dengan mesin pengimbas. Ini bagi memastikan setiap kenderaan yang masuk tidak membawa barang-barang yang diharamkan. Kastam juga telah bersetuju kerana ia boleh mengatasi masalah penyeludupan senjata. Walaupun melibatkan kos tinggi, kerajaan berusaha untuk masalah ini dengan kerjasama semua pihak.
Adakah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) seperti di Sabah perlu dilaksanakan di sempadan Thailand-Malaysia?
Saya telah berbincang dengan menteri dan majlis tertinggi KDN untuk melaksanakan satu operasi seperti Esscom di sempadan Sarawak-Kalimantan. Bagi sempadan di Kelantan, kita juga telah memikirkan perkara yang sebegitu. Tetapi, bukanlah corak sama dengan Esscom. Esscom lebih kepada mengatasi pencerobohan anasir luar.
Saya sendiri telah cadangkan supaya satu jenis operasi seperti yang dilakukan di Sarawak untuk mengatasi masalah ‘jalan tikus’ dilaksanakan di Sungai Golok, seterusnya di Kedah dan Perlis. Perkara ini akan dibincangkan dengan mendalam. Saya yakin selepas perkara ini dikaji, kita akan bawa kepada kerajaan untuk diputuskan.
Adakah terdapat keperluan menambah bilangan anggota polis di kawasan tumpuan jenayah?
Saya amat bersetuju bilangan anggota polis perlu ditambah. Sekarang kita ada PGA (Pasukan Gerakan Am), polis marin, FRU (Pasukan Simpanan Persekutuan) dan special run. Empat badan ini tidak terlibat secara langsung dalam pencegahan jenayah.
Oleh sebab itu, kita kena asingkan mereka daripada kumpulan lain. Kumpulan pentadbir ini tetap diperlukan kerana mereka yang menggerakkan semua pihak.Malah, saya dimaklumkan ada anggota pentadbir ini turut dikerah menjalankan tugas pencegahan jenayah. Melihat keadaan ini, kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan taraf polis melalui Suruhanjaya Pembaikan Perjalanan Polis.
Setiap tahun, 4,000 anggota polis akan dilantik. Namun, tidak semudah itu kerana anggota yang dilantik perlu dilihat dari sudut latihan dan pengalaman mereka. Dari sudut lain, pertambahan anggota juga perlu melibatkan Jabatan Perbendaharaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam. Jika ada kelewatan di situ, akan mempengaruhi pelantikan oleh Suruhanjaya Polis.
Pesanan Datuk kepada rakyat supaya tenang dan biarkan pihak polis jalankan tugas mereka.
Dalam soal keselamatan dan keselamatan negara, kita tidak boleh serah bulat-bulat kepada polis dan kerajaan. Walaupun kita ada banyak badan keselamatan, tetapi akhirnya masyarakat sendiri mesti memainkan peranan daripada pelbagai sudut.
Misalnya, syarikat perniagaan perlu memiliki kamera litar tertutup (CCTV) yang berkualiti. Ini bagi membolehkan rakaman dalam CCTV itu digunakan untuk menyelesaikan kes-kes jenayah. Setiap anggota masyarakat yang sayangkan negara dan mahu jenayah dibanteras, perlu memberi kerjasama kepada polis dan kerajaan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan