Shahrizat Abdul Jalil
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tetap bersemangat
meneruskan perjuangan walaupun perlu bersaing bagi mempertahankan
jawatan Ketua Wanita Umno pada pemilihan Oktober depan.
Shahrizat hari ini mengenakan pakaian warna rasmi Umno iaitu merah ke
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk menyerahkan borang bertanding
jawatan itu.
"Alhamdulillah selamat serah borang untuk Ketua Wanita Umno di PWTC.
"Semangat wanita berkobar-berkobar," katanya di laman mikro Twitter miliknya.
Pemilihan Umno bulan depan bakal menyaksikan Shahrizat berdepan dengan
ahli Umno seumur hidup, Raihan Sulaiman selepas ahli Parlimen Pengerang,
Datuk Seri Azalina Othman menarik diri dari bertanding jawatan itu.
Dalam pada itu, Shahrizat turut menyerahkan borang untuk bertanding merebut jawatan Ketua Wanita Bahagian Kepong.
Beliau juga turut menegaskan akan memperjuangkan hak dan kebajikan
golongan wanita tanpa mengira agama dan bangsa sekiranya terus diberi
mandat sebagai orang nombor satu menerajui Pergerakan Wanita Umno pada
pemilihan kali ini.
"Jika saya diberi kepercayaan, saya akan mengangkat suara Wanita Umno.
Jadi saya mendapat sokongan daripada akar umbi sepertimana saya dapatkan
perkara itu sekian lamanya.
"Insya-ALLAH saya akan bekerja sebagai satu pasukan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan