Shahrizat Abdul Jalil
KUALA LUMPUR - Selain mempertahan jawatan Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil juga menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Wanita Umno Bahagian Kepong.
Beliau menyerahkan borang pencalonannya di pusat pendaftaran calon Jawatankuasa Umno Bahagian dan Sayap Pergerakan Wilayah Persekutuan 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada 10 pagi tadi.
Bekas Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat itu berkata beliau menawarkan untuk bertanding di Bahagian Kepong kerana telah bergiat aktif di peringkat akar umbi bahagian itu sejak 30 tahun lalu.
Sementara itu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau gembira dengan sistem pemilihan yang baharu dan demokratik Umno dan ia berjalan lancar.
"Saya harap keadaan kekal seperti ini kerana kita ada beberapa jam sehingga 5 petang sebelum proses pendaftaran ditutup," katanya. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan