MALAYSIA KINI
Pengerusi
Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan anggota
Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa masing-masing mempertahan jawatan
Ketua Umno Bahagian Jeli dan Ketereh dalam pemilihan parti bulan depan.
Setiausaha Umno bahagian masing-masing mengesahkan sehingga proses penyerahan borang pencalonan ditutup pada 5 petang tadi, tiada calon lain yang berbuat demikian bagi jawatan itu.
Setiausaha Umno Jeli, Mohd Zahari Che Mahmood mengesahkan hanya Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, menyerahkan borang pencalonan melalui Setiausaha Politiknya Mohd Nasir Mohd Noor di pejabat Umno Bahagian Jeli.
Sementara itu, Setiausaha Umno Ketereh, Azmi Ishak berkata hanya Annuar yang menyerahkan borang pencalonan bagi jawatan itu.
Mustapa menjadi ketua bahagian itu sejak 1994 dan Annuar pula sejak 1986.
Sebelas lagi bahagian menyaksikan ketua Umno bahagian dicabar iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Pengkalan Chepa, Bachok, Tumpat, Rantau Panjang, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang, Gua Musang dan Tanah Merah.
Ketua Umno Kubang Kerian Datuk Mohd Fauzi Ismail bagaimanapun tidak mempertahankan jawatannya.
Ketua Pemuda Umno Gua Musang Datuk Bazlan Baharuddin hari ini menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Umno Gua Musang yang disandang Tengku Razaleigh Hamzah pada pemilihan parti itu bulan depan.
Bazlan, 44, berkata ia bertujuan menyuburkan proses demokrasi dalam parti dan bukannya 'menderhaka' kepada ketuanya itu yang menyandang jawatan tersebut sejak 1962.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Kelantan Datuk Hassan Harun berkata maklumat mengenai penyerahan borang pencalonan bagi jawatan lain di peringkat bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri akan diketahui pada 10 malam ini.
Beliau gembira proses penyerahan borang pencalonan yang bermula 8 pagi hingga 5 petang tadi berjalan lancar.
"Ini menunjukkan kematangan anggota Umno berpolitik dengan cara berhemah," katanya.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan