HALAMAN SANTAI

Khamis, 19 September 2013

Masa untuk Chin Peng pulang luput hatta abu mayatnya, kata PM

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK



















Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberitahu, masa untuk bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng pulang sudah luput berdasarkan perjanjian Hatyai 1989.

Oleh itu, beliau tidak dibenarkan pulang sekarang hatta dalam bentuk abu mayatnya untuk ditanam di negara ini.

"Saya telah lihat butiran Perjanjian Hatyai 1989 dan mendapati Chin Peng sememangnya diberi peluang untuk kembali ke Malaysia tetapi beliau enggan berbuat demikian.

 "Masa diberikan telah pun luput. Malah ramai yang masih emosi dengan kekejaman pengganas komunis itu kerana ramai yang telah terkorban dan cedera dalam keganasan komunis," kata Najib dalam sidang medianya hari ini.

Ketika ditanya pemberita, adakah perlu diberi penghormatan terakhir kepada pengganas komunis itu, beliau berkata "tidak perlu penghormatan terakhir kepada orang yang tidak bertanggungjawab membunuh ramai pejuang negara".

Najib mengulas kenyataan pelbagai pihak yang menuntut agar hasrat Chin Peng untuk disemadikan di tanh tumpah darahnya dibenarkan.

Namun Menteri Dalam Negeri serta polis enggan memberikan kebenaran dengan alasan ia akan menyedihkan keluarga mangsa pengganas komunis yang diketuai Chin Peng.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi dalam kiriman SMSnya menegaskan tidak mungkin veteran polis dan tentera menerima mayat atau abunya sekalipun untuk dikebumikan di Malaysia.

Beliau juga menafikan Chin Peng adalah pejuang kemerdekaan seperti yang didakwa sesetengah pemimpin politik dan NGO.

Tiada ulasan: