Oleh Aspan Alias
Seperti yang disebutkan dalam posting yang lepas, satu-satu dasar itu amat wajar mendapat persetujuan dan sokongan dari semua pihak dan semua pihak itu memahami kenapa dasar itu wujud. Rakyat semua kaum dan kawasan mesti terlebih dahulu apa kah nilai atau ‘roh’ kepada satu-satu dasar yang diwujudkan itu dengan berunding dengan baik dan sejujurnya kerana kita memerlukan sokongan yang kuat dari semua pihak. Malahan kita mahukan kerjasama dan bantuan dari semua bagi menjayakan matlamat dasar itu.
Tetapi
jika pimpinan sekarang yang memulakan tindakan berinteraksi dengan
semua pihak khususnya dengan kaum-kaum bukan Bumipitra, saya amat yakin
bukannya mudah bagi mereka untuk mendapatkan sokongan dan persetujuan
itu. Ia tentunya bersebab dan beralasan. Sebab-sebabnya ialah kerana
rekod-rekod yang lampau serta pengalaman yang dilalui sebelum ini
apabila dasar yang di persetujui ramai itu tidak terlaksana dengan jujur
dan berkesan.
Untuk lebih memahami situasi kenapa artikel ini tertulis ialah tentang
kegagalan DEB, satu dasar yang dilancarkan setelah melakukan segala
pemikiran dan penganalisaan yang terpeninci itu. DEB bukan sahaja
merupakan dasar ‘social engineering’ yang terbaik ia juga merupakan
‘instrument’ kearah perpaduan nasional yang sangat effective dan boleh
diguna pakai dalam tempoh masa yang panjang.
DEB bukan sahaja telah memberikan lonjakan kedudukan ekonomi Bumiputra,
ia juga adalah dasar yang juga menguntungkan bukan bumiputra dari awal
lagi dasar itu di laksanakan. DEB merupakan penawar yang sangat mujarab
untuk memulihkan rasa tidak puas hati diantara kaum selepas kejadian 13
Mei 1969 dahulu.
Bukan Bumiputralah yang menjadi konraktor besar-besar dalam
perlaksanaan segala infrastruktor untuk kemajuan Bumiputra. Pendeknya
semua kaum merasakan nikmat dasar ekonmi baru itu yang bermatlamatkan
perpaduan nasional melalui pembahagian kesempatan dan peluang secara
‘equitable’ diantara semua kaum.
Tiada keresahan diantara kaum-kaum bukan Bumiputra kerana mereka
sendiri merasakan nikmat DEB yang dirancang dengan begitu teliti itu.
Saya pernah berkerja sebagai pegawai kecilan di satu perbadan yang
melaksanakan peminahan kekayaan negara kepada Bumiputra telah berkerja
siang dan malam untuk memainkan perana yang sangat penting untuk
menambah pegangan ekuiti Bumiptra melihat dengan sendirinya bagaimana
kejayaan usaha menambah kekuatan Bumiputra dalam bidang industri dan
perdagangan.
Ini adalah hasil dari perlaksanaan dasar yang bersungguh oleh semua
pihak, Bumiputra sendiri, sokongan dari rakan-rakan bukan Bumiputra
serta agensi-agensi pelaksana dan penggubal-penggubal dasar. Maka dengan
jelas pegangan ekuiti Bumiputra telah meningkat dengan pantas dari 2.7
peratus pada tahun 1970 kepada 18.4 peratus pada 1983 dahulu.
Dari mula DEB di lancarkan sehingga 1983 kita telah melihat bagaimana
kaum Melayu dan Bumiputra telah meningkatkan bilangan mereka dalam
bidang perniagaan secara ‘organic’ dan menjadi peniaga yang berjaya dan
bilangan ‘rent seekers’ dikalangan orang yang bergiat dalam politik
susah hendak kita jumpai seperti hari ini.
Perkembangan dan kemajuan DEB itu terbantut setakat itu kerana
pentadbiran baru pada tahun lapan puluhan telah mengabaikan dasar yang
begitu holistic itu dan tidak lagi berusaha untuk menambah dan menokok
nilai tambah kepada dasar yang telah diterima semua dan menampakkan
kejayaan yang nyata itu.
Pentadbiran barui pada tahun lapan puluhan lebih berminat untuk
mempercepatkan pembangunan secara express dan menganggap DEB yang telah
dirancang dan menunjukan jasa itu sebagai dasar yang melambatkan
pembangunan negara. Bagi pentadbiran baru semasa itu matlamatnya ialah
untuk melihat pembangunan fisikal negara dan mengabaikan pembangunan
dalam bidang yang lain seperti pembangunan sikap dan nilai kemanusiaan.
Bagi pentadbiran baru semasa itu, pembangunan fisikal adalah ‘nation
building’ sedangkan hakikatnya pembangunan fisikal itu merupakan
sebahagian yang sangat kecil dalam istilah ‘nation-building’ itu. Maka
wujudlah budaya mencari kekayaan dengan cepat dan bermulalah elemen
rasuah yang akhirnya tidak dapat lagi dikawal pada hari ini. Kepesatan
pembangunan fisikal tidak diselarikan dengan pembangunan moral dan
spiritual politik negara itu sendiri.
Semua pemimpin termasuk Abdullah Badawi semasa mula mengambil alih
kepimpinan dahulu berkata yang kita mempunyai infrastruktor dunia
pertama tetapi masih dengan mentality dunia ketiga. Maka wujudlah
masyarakat dan rakyat yang tidak saimbang pembangunan jiwa dan fisikal
mereka. Itu sebabnya kita melihat mereka yang berkuasa dan orang
disekeliling yang berkuasa tidak merasa malu menunjukan kekayaan yang
mereka perolehi dari rasuah dan kuasa itu. Malahan mereka berasa bangga
dan tidak merasa bersalah walau sedikit pun dihadapan rakyat yang ramai.
Perubahan ini secara beransur-ansur di sedari rakyat dan setelah hampir
2 dekad telah timbul keresahan dikalangan rakyat dan di campur pula
dengan pertelagahan politik diantara pemimpin-pemimpin besar negara
rakyat menjadi pecah belah mengikut parti dan salur-galur perkauman yang
menebal. Masalah negara berkembang secara ‘compounding’ kerana selepas
satu masalah timbul masalah yang lain dan tiada siapa yang boleh
memberikan kepimpinan untuk menyelamatkan keadaan sampai ke hari ini.
Blog ini menyebutkan semua ini kerana kita gagal mentadbir kejayaan
kita sendiri sebab kelemahan diri dalaman kita sendiri. Justru kita
dengan jelas melihat rakyat dan masyarakat mengambil yang salah itu
sebagai benar dan yang benar itu menjadi salah kerana ketidak seimbangan
pembangunan fisikal dengan pembangunan jiwa kita itu sendiri.
Dasar yang baru di umumkan Najib itu amat mengelirukan kerana tidak ada
jaminan dalam pembangunan nilai dan attribute kemanusiaan yang baik.
Pimpinan kerajaan sendiri tidak dapat mengambil isu ini secara serius
kerana mereka tidak dapat memahami bagaimana pentingnya isu ini
dijadikan elemen penting dalam sesuatu pembangunan rakyat serta
masyarakat itu.
Sesungguhnya dalam negara ini tiada politik yang mempunyai roh
sebenarnya. Yang ada hanyalah pemimpin-pemimpin yang bermain politik
siapa menang siapa kalah semata-mata.
Berbagai-bagai dasar untuk Bumiputra di umumkan PM kita, tetapi Melayu dan Bumiputra ‘dok tang tu jugak’. (bersambung)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan