Roketkini.com
KUALA
LUMPUR: Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera dilihat
hanya akan menguntungkan sebahagian kecil syarikat GLC milik kroni dan
pada masa yang sama fokus menaiktaraf 40 peratus di bawah Model Ekonomi
Baru (MEB) akan terencat.
Ia bakal mengakibatkan jurang miskin kaya masyarakat Bumiputera dan bukan Bumiputera keseluruhannya akan terus berleluasa.
Selain itu, menurut Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan,
Tony Pua, ‘pemansuhan’ MEB oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
juga akan menyebabkan jurang antara kaum dan ekstrimism kaum semakin
buruk di Malaysia.
“Jika permulaan dulu Najib dilihat sebagai seorang Perdana Menteri yang terbuka dan moderat, sekarang ia cuma hanya di mulut.
“Ini juga membuktikan slogan dan cita-cita 1Malaysia
sekadar slogan untuk memenangi hati pengundi sebelum pilihan raya,” kata
Pua.
Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara itu berkata, keadaan
bertambah buruk apabila Najib tidak segan silu mempertahankan Utusan
Malaysia yang terang-terang sering mengapi-apikan perkauman dan fitnah.
“Semua tindak tanduk beliau ini hanya akan menyebabkan keadaan masyarakat pelbagai kaum negara ini semakin bercelaru.
“Kita juga khuatir akan berlakunya ekstrimisme kaum yang
dapat dilihat dalam beberapa isu seperti isu di sekolah Sri Pristina dan
sebagainya,” kata beliau.
Tegasnya, apa yang dilakukan kerajaan BN kini hanya menangguk di air keruh tanpa memikirkan nasib dan masa depan negara.
Menurut beliau, BN hanya pentingkan kuasa politik mereka,
namun Pakatan Rakyat (PR) akan terus berjuang demi Malaysia yang adil di
mana seluruh masyarakatnya menikmati kemakmuran sekaligus jurang miskin
kaya bakal dirapatkan,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan