Pinjaman ASB : Ada pemain pelaburan
pinjaman ASB Maybank, CIMB ataupun RHB di sini? Pelbagai cara digunakan
untuk memanipulasikan atau lebih tepat lagi menggunakan dengan sebaiknya
sistem kewangan yang ditawarkan oleh pihak bank Malaysia melalui
teknik-teknik yang ada bukan.
Dan berdasarkan semakan Berita Semasa yang terkini, dilaporkan bank
Maybank, RHB dan CIMB sedang dalam peringkat untuk mempertimbangkan
pinjaman ASB Maybank CIMB RHB pada masa akan datang dibekukan tidak lama
lagi terutamanya pinjaman baru. Beirta Semasa tekankan sekali lagi “pinjaman baru”. Ini bermakna permohonan baru pinjaman ASB akan dibekukan.
Pinjaman ASB Maybank CIMB RHB VS Hutang isi Rumah?
Ini semua disebabkan angkara lonjakan
mendadak kenaikan hutang isi rumah rakyat Malaysia yang sudah pun
mencecah RM800 bilion bersamaan dengan 89.2 % KDNK Malaysia atas nama
perintah daripada Bank Negara Malaysia (BNM). (KLIK SINI)
Dijangka Bank Negara Malaysia (BNM) akan
mula mengeluarkan arahan menyekat pinjaman ASB Maybank, RHB, CIMB
selepas Bajet 2014 kelak, iaitu Oktober 2013 ini. Apa pandangan anda
pula?
Adakah pinjaman ASB Maybank, CIMB, RHB lebih banyak membawa
kebaikan berbanding kemudaratan dalam sutuasi ekonomi Malaysia yang
kurang menentu sekarang ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan