KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mempunyai agenda untuk mengagalkan program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (PEB) yang baru dibentangkan perdana menteri baru-baru ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim.
Menurut beliau, Pakatan Rakyat sekadar mahu mendapat perhatian rakyat apabila terus mengkritik program itu kononnya hanya fokus kepada satu kaum sahaja.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini menafikan hanya kaum Melayu yang menikmati manfaat program itu.
Katanya, bangsa lain turut menerima tempias manfaat itu lantaran mereka yang memegang kuasa ekonomi negara.
Mengulas lanjut, Razali berkata, kerajaan memandang serius soal membasmi kemiskinan di kalangan Bumiputera yang dilihat agak terkebelakang berbanding bangsa lain.
"Tak salah kalau saya kata dia (Lim Kit Siang) nak tengok perkara ini gagal supaya agenda dia yang lebih mendapat tempat.
"Ini bukan soal politik, soal kemiskinan semua kita tengok, tetapi kalau kita tengok statistik 68 peratus rakyat negara ini adalah Melayu Bumiputera yang hanya meliki ekuiti hanya sekitar 24 peratus, sudah tentu untuk kita menentukan satu perkara yang sangat stabil, jumlah ini perlu kita angkat," katanya dalam sesi solal jawab dalam Sidang Dewan Rakyat di Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang sebelum ini dilaporkan menganggap siri program pemerkasaan ekonomi kerajaan seperti ini hanya akan menemui kegagalan.
Namun, Razali yang juga merupakan Ahli Parlimen Muar itu menegaskan bahawa kerajaan mempunyai sasaran tersendiri dalam usaha membantu rakyat secara sama rata untuk mengatasi masalah kemiskinan.
"Kita juga ada sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti Bumiputera yang belum dicapai, kerajaan menggariskan untuk capai itu melalui apa yang diumukan pada 14 September, Majlis Ekonomi Bumiputera.
"Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, semua itu kena dilihat baru kita boleh menjadi sebuah negara yang memberi keadilan kepada semua.
"Saya percaya tidak akan ada yang tercicir, tetapi kalau agenda ini tak dibuat maka kerajaan gagal dalam transformasi yang baru saya jelaskn dalam ucapan panjang lebar tadi," jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan