HALAMAN SANTAI

Isnin, 23 September 2013

Zahid yakin Taib Mahmud serah kuasa secara baik

Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz
 
Post Pic


KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi yakin Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan menyerah kuasa secara baik jika perkara itu terjadi pada Mesyuarat Tergempar Majlis Tertinggi parti itu, Oktober depan.

Zahid berkata beliau optimis Taib akan mengambil langkah sewajarnya dan terus menyumbang kepada keutuhan parti Barisan Nasional (BN).

Taib tidak dapat dinafikan mempunyai kepintaran dan pengalaman yang luas sepanjang 32 tahun memerintah Sarawak.

"Saya yakin beliau (YAB Tan Sri Taib) akan melakukan yang terbaik agar kesepaduan dan kerjasama dapat terus diperkukuhkan.

Zahid berkata jika benar peralihan kuasa benar-benar berlaku dalam PBB, Taib dan BN Sawarak akan terlebih dahulu membuat persiapan rapi bagi memastikan negeri itu terus meniti pembangunan mapan serta berdaya tahan.

"Manakala siapa sahaja yang diberikan mandat, tentunya kami di Kuala Lumpur menerima baik dan berlapang dada dan berfikiran terbuka dan tentulah persiapan-persiapan pilihan raya negeri yang hanya akan berlaku kira-kira dua tahun setengah dari sekarang memerlukan kekuatan semula negeri Sarawak.

"Dan saya yakin dengan kepimpinan YAB Tan Sri Taib Mahmud dan kebijaksanaan beliau dijangka dapat menyelesaikan kaedah dan pemerintahan negeri Sarawak," katanya kepada pemberita tadi ketika ditemui di lobi Parlimen.

Zahid selain itu meminta peralihan kuasa itu diselesaikan secara dalaman oleh PBB dan tidak dicampuri oleh pihak luar.

"Pada hikmat saya di negeri Sarawak, beberapa perkembangan adalah ke arah untuk memantapkan semula BN4, di mana PBB menjadi tulang belakang kepada BN4 di Sarawak.

"Walaupun Sarawak merupakan sebuah negeri menjadi simpanan tetap kepada BN, pada hikmat saya sebarang peralihan jawatan dan rundingan biarlah diselesaikan secara dalaman oleh pihak parti yang menjadi tulang  belakang kepada negeri berkenaan," katanya

Terdahulu Antarapos melaporkan Taib mungkin akan memberikan petunjuk mengenai kepimpinan beliau pada mesyuarat tergempar PBB.

Sumber dalaman parti berkata kebanyakan ahli majlis tertinggi diberi tempoh notis pemberitahuan yang singkat.

Tiada ulasan: