HALAMAN SANTAI

Rabu, 20 November 2013

Hishammuddin bangkitkan semula 'dalang Lahad Datu'


MALAYSIA KINI
 
 
 
Selepas beberapa bulan reda, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein kembali menimbulkan semula dakwaan mengenai tiga pemimpin pembangkang yang didakwa menjadi dalang kepada serangan pengganas di Lahad Datu pada Februari lalu.

Isu berhubung identiti pemimpin terbabit dibangkitkan semula oleh menteri tersebut susulan kejadian penculikan dan pembunuhan oleh kumpulan bersenjata di Pulau Pom Pom di Semporna – yang terletak dalam zon Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Hishammuddin yang dipetik dalam laporan Utusan Malaysia menyebut, identiti pemimpin terbabit akan didedahkan pada masa sesuai, bergantung kepada kesediaan agensi risikan, bagi memastikan ia tidak menjejaskan siasatan.

“Perkara ini sekali lagi berkisar kepada tugas dan tanggungjawab yang saya pikul semas saya di dalam Kementeri Dalam negeri. Ada perkara tersurat dan tersirat.

“Ada perkara yang kita telah peroleh dari segi risikan dan masa pendedahannya banyak bergantung kepada agensi risikan termasuk risikan tentera kita bagi menentukan masa yang sesuai untuk ia didedahkan tanpa menjejaskan siasatan yang sedang berjalan,” katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Menteri Pertahanan sebelum ini, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada April lalu berkata nama pemimpim pembangkang tersebut akan didedahkan selepas pilihan raya umum bagi mengelakkan isu tersebut dijadikan modal politik.

Namun nama tersebut sehingga kini masih belum didedahkan, hinggalah  ditimbulkan semula oleh Hishammuddin, apabila tumpuan ke atas kes penculikan dan pembunuhan di Pulau Pom Pom Jumaat lalu semakin memuncak.

Suami kepada wanita yang diculik – Hsu Li Min, 57, dibunuh oleh kumpulan bersenjata, disyaki sebagai Abu Sayaff, dalam kejadian Jumaat lalu.

Polis mengesyaki bahawa kejadian pembunuhan dan penculikan wanita berkenaan, Chang An Wei, 58, mungkin dilakukan kumpulan bersenjata Abu Sayyaf.

Pasukan itu juga tidak menolak kemungkinan bahawa kes di pulau percutian tersebut, yang berlaku enam hari lalu, mungkin melibatkan perananan warga tempatan.

Dalam satu laporan berkaitan di Utusan Malaysia hari ini, ketua pengarah Esscom Datuik Mohamad Mantek meminta pengusaha chalet agar tidak menghalang atau mengehadkan rondaan anggota keselamatan.

Katanya, terdapat sesetengah pengusaha tidak memberi kerjasama kepada anggota keselamatan yang bertugas.

"Mereka harus sedar kehadiran anggota yang berkawal di situ untuk memastikan keselamatan resort dan pelancong. Jadi, pengusaha chalet seharusnya memberi kerjasama kpada anggota kita," katanya.

Tiada ulasan: