ASPAN ALIAS
Lama sudah saya hendak menulis tentang
sejenis pokok, iaitu pokok dedalu. Baru sekarang kesempatan itu sampai kerana
situasi sekarang sememangnya baik untuk kita mengenali dedalu-dedalu ini. Nama
saintifik dedalu ini ialah ‘salix tetrasperma’ dan ia mempunyai lebih dari 300
spesis di seluruh dunia mengikut kajian ‘agriculturalist’ dunia. Banyak
diantara spesis ini wujud di negara-negara tropikal, termasuklah negara kita
ini.
Dedalu ini adalah sejenis pokok yang tumbuh di atas pokok dan dahan yang besar. Jika dedalu ini tidak di buang dan di cantas ia akan membunuh pokok besar itu akhirnya kerana dedalu ini akan menghisap segala makanan yang ada di dalam pokok yang besar itu. Sebagai anak kampung saya mengalami mencantas dedalu-dedalu yang tumbuh di atas pokok-pokok mangga dan beberapa pokok buah-buahan kami yang lain.
Dedalu ini adalah sejenis pokok yang tumbuh di atas pokok dan dahan yang besar. Jika dedalu ini tidak di buang dan di cantas ia akan membunuh pokok besar itu akhirnya kerana dedalu ini akan menghisap segala makanan yang ada di dalam pokok yang besar itu. Sebagai anak kampung saya mengalami mencantas dedalu-dedalu yang tumbuh di atas pokok-pokok mangga dan beberapa pokok buah-buahan kami yang lain.
Oleh kerana dedalu itu telah di
cantas, pokok mangga dan durian itu masih hidup sehingga hari ini. Pendeknya
orang-orang kampung seperti saya, akan mengenali pokok-pokok dedalu ini dengan
mudah dan saya tahu bagaimana hendak mencantasnya. Maka pokok-pokok dedalu ini
banyak kita lihat di kampung-kampung dan orang bandar ramai yang tidak
mengenali dedalu ini terutamanya rakyat yang muda-muda.
Jika kita hendak menjadikan
dedalu ini sebagai kiasan sahaja, kita akan terjumpa dedalu ini banyak di
bandar-bandar sekarang lebih-lebih lagi di Putrajaya. Ramai pemimpin-pemimpn
kita sekarang tidak ubah sebagai dedalu ‘attribute’ nya dan mereka hidup begitu
mewah menghisap dan memakan apa yang ada di dalam khazanah negara. Pemimpin-pemimpin
dedalu inilah yang akan membuatkan negara kita bankrap kerana semuanya di makan
dan di hisap oleh pemimpin-pemimpin dedalu-dedalu yang begitu bercambah dalam
kepimpinan dan kerajaan negara kita ini.
Itu sebabnya kita wajar mencantas
dedalu-dedalu ini kerana ia akan membunuh kita akhirnya. Dedalu-dedalu ini akan
terus membesar dan rimbun, sedangkan batangnya (negara) akan menjadi kurus dan
lemah yang akhirnya membawa maut kepada semua sistem kerajaan kita.
Seperti pohon dedalu, jenis
dedalu dalam pimpinan kita ada berbagai-bagai macam. Ada yang tinggi lampai dan ada yang rendah
serta gemuk dan semua mereka ini akan menjahanamkan negara kerana jika dedalu
sudah hinggap dan tumbuh di batang tubuh kita ia akan membawa maut kepada kita
semua. Dedalu ini tidak tumbuh di bumi, ia tumbuh di atas pokok dan
kedudukannya sentiasa di tempat yang tinggi. Yang merana adalah pokok besar di
mana dedalu itu tumbuh.
Saya tidak tahu dedalu jenis yang
mana satu menggunakan dan membaham wang kerajaan melalui perjalanannya dengan
jet-jet eksekutif keseluruh dunia itu. Kita pun belum mengenali jenis dedalu
yang menghisap wang kerajaan melalui pinjaman memelihara lembu di Gemas itu.
Dedalu yang menghisap darah rakyat dalam isu pembekalan sistem pertahanan
negara dahulu pun entah jenis apa dedalunya. Tetapi mereka adalah dedalu, ‘parasite’
yang akan membunuh mana-mana batang dan tubuh yang di hinggapinya.
Seperti yang saya ceritakan tadi
saya telah mencantas dedalu-dedalu yang hidup di pohon mangga saya di kampung
dahulu dan Alhamdulillah pokok mangga dan durian kami itu masih hidup sampai ke
hari ini. Boleh lah anak-anak cucu merasa buah-buah itu sekarang. Seandainya
ibu saya tidak membuang dan mencantas dedalu-dedalu itu dahulu, tidak mungkin anak-anak
cucu ibu saya, dapat merasakan buah mangga dan durian itu.
Oleh yang demikian dedalu-dedalu
yang hidup di Putrajaya dan di Pajabat-Pejabat Setiausaha Kerajaan
negeri-negeri itu wajar di cantas sekarang untuk memastikan pohon rendang
negara kita tidak akan mati bagi mempastikan buah-buahan yang kita rasa
sekarang itu dapat juga di rasai oleh generasi kita yang akan datang.
Dalam pilihanraya dahulu kumpulan
dedalu itu masih menang tetapi nampaknya dedalu-dedalu itu sudah mula
berkurangan. Tetapi dedalu-dedalu yang masih kuat sekarang sedang kita lihat
kerakusan mereka menghisap segala-galanya yang ada dalam pohon negara kita.
Sesungguhnya jika pohon-pohon dan
pokok buah-buahan menghadapi masalah pokok dedalu ini, di peringkat manusia dan
negara pula kita sedang berhadapan dengan kumpulan dedalu yang hidup subur di
atas harta dan tanaman kita.
Itulah perjuangan rakyat yang
insaf. Dedalu-dedalu ini adalah musuh nombor satu kepada tamadun manusia moden
sekarang ini. Banyak negara telah hilang segala-galanya kerana
pemimpin-pemimpin yang mempunyai sifat seperti dedalu ini tidak berjaya di buang
dan di ketepikan.
Saya terjumpa satu rangkap
kata-kata yang saya anggap bermakna. Bunyinya:-
Pokok dedalu…….ia menumpang
Menjadi parasit… .ia jembalang
Dahan akan mati…ia perlu di
tebang
Kalau terjumpa ….ia perlu di
buang.
Pokok dedalu…jika dah di buang,
Jangan di tanam semula…ia musuh
utama malam dan siang.
Oleh yang demikian, seandainya
dedalu-dedalu ini hilang dan di buang, maka adalah harapan untuk generasi kita
menikmati hasil tumbuhan-tumbuhan dan pokok-pokok yang kita telah tanam selama
ini.
Masalahnya sekarang dedalu itu
sudah kuat urat dan akar nya tertanam. Kita memerlukan kudrat yang kuat untuk
mencabut dedalu-dedalu yang sudah melarat dan menjalar ke hampir keseluruhan
pokok-pokok dan tanaman kita sekarang ini.
Kita mahukan negara kita hidup
sampai bila-bila. Pemimpin-pemimpin dedalu in wajar di ketepikan demi masa
depan negara dan generasi kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan