Jangan lupa semak laporan Berita Semasa pada 4 September mengenai ura-ura pelaksanaan kenaikan tambang bas sekolah (DI SINI). Terbaru….
Terbaru Persatuan Pengusaha Bas Sekolah
Malaysia (GPPBSM) yang mewakili 14,000 ahli seluruh negara kadar tambang
sekolah mereka naik lagi.
Kadar Tambang Bas Sekolah Naik : Alasan Kenaikan?
- Tambang bas sekolah naik paling akhir pada akhir tahun 2009. Dan selepas itu tiada kenaikan dilakukan.
- Peningkatan kos operasi & penyelenggaran bas sekolah mereka
Cadangan GPPBSM Untuk Kenaikan Kadar Bas Sekolah Naik?
- Tambang bas sekolah naik 30% @ RM35 sebulan berbanding kadar bayaran yang ditetapkan sebelum ini RM27.43 (bandar) & RM20.61 (luar bandar) bagi setiap kilometer pertama.
- Manakala RM2.20 pada setiap kilometer yang berikutnya.
Inilah antara kesan seterusnya dek kerana kenaikan harga minyak (SEPERTI DI SINI).
Bukan sahaja minyak sahaja naik, barangan alat ganti juga turut terkena
tempias untuk mengalami kenaikan kos dan harga. Kesan akhirnya akan
berbalik kepada anda, anda di sini.
Berita Semasa sudah menjangkakan tambang
bas akan naik tidak lama sahaja lagi di mana seperti dirancang bermula 1
Januari 2014 sekaligus kalangan ibubapa akan merasai beban kenaikan
tambang bas sekolah yang terbaru tidak lama sahaja lagi.
Orang kaya tidak menggunakan bas untuk
menghantar anak mereka ke sekolah. Jaranggg…..sangat kita dengar. Tetapi
golongan keluarga berpendapatan serdahana dan rendah yang merupakan
pelanggan setia pengusaha bas di Malaysia. Kelompok ini sekali lagi akan
menerima kesan bebanan kos sara hidup yang terus melambung tinggi.
Ketika kerajaan mengurangkan subsidi minyak contohnya, salah satu sebabnya mahu “menambah kantung pendapatan negara“. Tetapi tidak membenarkan pengusaha bas naik tambang bas sekolah?
- Pengusaha bas tidak perlu menambah untung?
- Pengusaha teksi tidak perlu tambah untung?
- Pengusaha kedai runcit makan tidak perlu tambah untung?
Peniaga mana yang tidak mahu naik%
keuntungan setiap tahun? Kerajaan naik harga minyak tetapi
peniaga-peniaga diberikan amaran untuk naik harga barang? Pelik……
P/S : Berapa ramai ibubapa di sini yang
bakal membayar bebanan kenaikan kadar tambang bas sekolah yang terbaru
kelak? Berapa kos yang ditanggung anda ketika ini setiap bulan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan