Pelakon, Lana Nordin memang sinonim dengan 'seksi' sehingga menyebabkan
peminat yang melihatnya meninggalkan komen yang kasar terhadap pelakon
wanita ini.
Terbaru, Lana berang apabila peminat meninggalkan kritikan yang
'berlebihan' di akaun Instagram milik dirinya sehingga mengakibatkan
Lana membalas komen tersebut.
Berikut merupakan antara kritikan yang diberikan oleh peminat dan dibalas oleh Lana:-
Terbaru, Lana dengan nada marah telah memberi amaran kepada pengikutnya
di akaun instagram untuk tidak berkelakuan 'kurang ajar' dengan
meninggalkan komen dan kritikan yang tidak masuk akal.
"Sebenarnya saya tak kisah kalau orang nak komen dalam akaun instagram,
cuma saya tak boleh terima kalau orang itu kurang ajar. Instagram memang
laman sosial, tapi kalau tak tahu macam mana nak bersosial dan nak
menggunakan laman tersebut, baik tak payah guna.
"Senang je, kalau rasa berdosa tengok instagram saya, tak payah tengok.
Tutup mata. Tapi bila dah tengok, diam. Tak payah nak komen yang
pelik-pelik," katanya, memetik laporan blog Ohbulan!.
Mengulas lebih lanjut mengenai isu tersebut, Lana menafikan dakwaan
sesetengah pihak yang menganggap dirinya adalah seorang artis yang kuat
melenting dan dikatakan tidak dapat menerima teguran daripada peminat.
"Nak tegur boleh, tapi bukanlah sampai mengaibkan. Sedangkan ibu bapa
saya kalau nak tegur pun, mereka tak akan tegur saya depan adik beradik
yang lain. Mereka akan panggil saya senyap-senyap dan bercakap secara
personally.
"Kalau tengok dalam instagram saya ramai yang komen dan cakap
perkara-perkara lucah. Saya tahu, perkara macam itu datang dari
budak-budak, tapi kalau saya diamkan, perkara ini akan jadi berlarutan.
Kalau boleh, saya tak nak orang datang dekat instagram saya semata-mata
untuk bercakap benda lucah.
Dalam pada itu, pelakon filem Pontianak vs Orang Minyak ini turut
menyatakan bahawa, sebagai seorang selebriti, dirinya juga seorang insan
biasa yang mempunyai hati dan perasaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan