HALAMAN SANTAI
Rabu, 20 November 2013
Komuniti Penan ke Parlimen rayu PM campurtangan
Demi mempertahankan tanah pusaka yang dirampas untuk pembinaan empangan mega, komuniti Penan dari Belaga, Sarawak hari ini hadir di Parlimen untuk merayu ihsan perdana menteri untuk campurtangan dalam pengusiran dan penempatan semula mereka.
Seramai 14 wakil Penan itu hadir ke pejabat ketua pembangkang untuk menyerahkan memorandum yang menggesa Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan proses perundingan boleh berlangsung di antara mereka dengan pihak berkuasa.
Dua jam sebelum itu, kumpulan yang sama juga telah ke Bukit Aman untuk menyerahkan memorandum menggesa polis bersikap neutral dalam bertugas mengawal halangan yang mereka dirikan berhampiran pintu masuk empangan Murum.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan