rakyatnews.my/
PUTRAJAYA - Usaha menjadikan Putrajaya sebagai hab pembangunan
Islam kini direalisasikan dengan penganjuran Putrajaya International
Islamic Arts And Culcutre Festival (PIIACUF) 2013 yang secara rasminya
menutup tirai selepas berlangsung sejak 1 November lalu.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, penganjuran pelbagai aktiviti berasaskan Islam bertepatan dengan aspirasi Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Perbadanan Putrajaya dalam memartabatkan Putrajaya sebagai pusat pengembangan kesenian dan kebudayaan Islam bertaraf antarabangsa.
"Program seperti ini telah terbukti berjaya menjadikan Putrajaya sebagai bandar contoh dalam pelbagai aspek bukan sahaja di peringkat tempatan bahkan juga di peringkat antarabangsa.

"Dan selaras dengan hasrat Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)
menjadikan Putrajaya sebagai 'showcase of excellence for the country',"
katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan PIIACUF di Dataran
Putrajaya, semalam.
Tambahnya, penganjuran aktiviti kesenian, kebudayaan, pameran, keagamaan, perniagaan berasaskan Islam memangkin percambahan ilmu mengenai Islam itu sendiri.

"Adalah menjadi harapan saya agar festival ini diteruskan sebagai acara
tahunan di Putrajaya dan Kementerian Wilayah Persekutuan akan sentiasa
menyokong penganjuran festival seumpama ini," ujarnya lagi.
Kemuncak PIIACUF diakhiri dengan konsert "The Journey Of Nur" dengan menampilkan artis - artis terkenal tempatan dan antarabangsa termasuk Dato Ramli Sarip, Dato M. Nasir, In- Team, Maher Zain, Zain Bhika, Raef, Opick dan Raihan.
PIIACUF 2013 melabuhkan tirainya setelah berlangsung selama 10 hari, bermula dari 1 hingga 10 November 2013 ini mencapai objektifnya dengan kehadiran pengunjung lebih kira-kira 5,000 hadirin.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan