HALAMAN SANTAI

Selasa, 26 November 2013

MP DAP tuntut kertas putih skandal “Fat Leonard”

THE MALAYSIAN INSIDER

 























Kerajaan Malaysia digesa mengeluarkan satu kertas putih untuk memberi penjelasan lanjut skandal "Fat Leonard" yang disifatkan sebagai skandal rasuah terbesar melibatkan Tentera Laut Amerika Syarikat.

Gesaan itu dibuat oleh Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini.

Ini kerana, “Fat Leonard” atau nama sebenarnya, Glenn Francis Leonard seorang rakyat Malaysa yang juga pemilik syarikat Glenn Defence Marine Asia (GDMA) terlibat dalam dakwaan kes rasuah bernilai RM640 juta membabitkan pegawai kanan dalam angkatan Tentera Laut Amerika Syarikat (AS).

Kes 'Fat Leonard' ini disifatkan media antarabangsa sebagai skandal rasuah paling besar dalam sejarah Navy Amerika Syarikat.

Dipercayai sejak 2011, GDMA dberikan kontrak bernilai USD200 juta (RM640 juta) oleh Tentera Laut AS.

The Star melaporkan antara modus operandi Fat Leonard ialah untuk mengalihkan kapal perang Amerika Syarikat di rantau ini untuk berlabuh di “pearl ports” seperti Phuket di Thailand dan Pelabuhan Klang di Malaysia.

Maksud “pearl ports” diberi oleh laporan tersebut sebagai, “where it would be easier to fake invoices and jack up charges”.

Sim berkata, pencarian mendapati bahawa syarikat GDMA sememangnya beroperasi di Pelabuhan Klang dan sebuah syarikat di bawah Glenn Marine Group mengendalikan terminal kapal pelayaran, Port Klang Cruise Centre.

Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan, DAPSY Malaysia itu berkata, ini jelas menunjukkan kegagalan pengurusan dan penguatkuasaan di Pelabuhan Klang sehingga menjadi satu pusat untuk sindiket penipuan.

Laporan media antarabangsa menunjukkan dokumen mahkamah di AS mendedahkan bahawa lawatan kapal perang USS George Washington ke Pelabuhan Klang pada Oktober 2012 adalah sebahagian daripada rancangan penipuan oleh Fat Leonard melibatkan pegawai kanan dalam Tentera Laut AS.

"Ini sekaligus merupakan tamparan dan penghinaan ke atas Menteri Pertahanan Malaysia pada ketika itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang begitu yakin menolak kecaman Naib Presiden PAS ketika itu Mahfuz Omar yang mempersoalkan tindakan kerajaan membenarkan kapal perang AS berlabuh di Pelabuhan Klang," katanya.

Menteri berkata, bahawa kunjungan USS George Washington adalah untuk meningkatkan hubungan dua hala dan diplomasi ketenteraan padahal ia suatu skandal penipuan dan rasuah.

Timbalan Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Abdul Latiff Ahmad berkata, lawatan USS George Washington merupakan peluang ekonomi untuk Malaysia.

"Namun jelas, ia lebih merupakan peluang ekonomi untuk Fat Leonard," dakwa Sim.

Beliau berkata, skandal Fat Leonard ini perlu dipandang serius kerana melibatkan aktiviti ketenteraan negara kita dan aktiviti ketenteraan negara lain.

Di AS, pegawai-pegawai kanan dalam Tentera Laut AS digantung kerja dan disiasat.

"Ini merupakan krisis dalam aktiviti kententeraan dan pentadbiran pelabuhan terutama Pelabuhan Klang," katanya.

Katanya, bukan sahaja kerajaan AS, malah Singapura, Thailand dan Australia sudah mula menyiasat skandal Fat Leonard melibatkan operasi di negara masing-masing.

Sehubungan itu, katanya, beliau mohon kerajaan untuk jawab dan melaksanakan 5 perkara berikut dengan serta merta bagi menangani krisis skandal Fat Leornard ini:

1) Menurut laman web GDMA, angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia merupakan antara pelanggan GDMA. Berapakah nilai urus niaga dan apakah jenis urus niaga tersebut yang berlaku antara GDMA serta syarikat berkaitan dengan TLDM selama ini.

Satu siasatan serta audit menyeluruh perlu dilaksanakan terhadap TLDM untuk memastikan tiada elemen rasuah, pecah amanah dan pecah rahsia ketenteraan negara.

Laporan siasatan menyeluruh mesti dikemukakan kepada Parlimen di Dewan Rakyat ini kerana melibatkan kepentingan negara yang teramat penting.

2) SPRM juga patut menyiasat untuk membersihkan nama Menteri dan Timbalan Menteri Pertahanan ketika itu daripada sebarang penglibatan dalam sindiket penipuan Fat Leonard terutama dalam kes mengalihkan pelayaran USS George Washington ke Pelabuhan Klang dan aktiviti syarikat berkaitan Fat Leonard.

3) Memandangkan Kementerian Pertahanan menyatakan bahawa lawatan tersebut merupakan peluang ekonomi kepada Malaysia, berapakah bayaran dockage, wharfage dan yuran lain yang dibayar oleh USS George Washington semasa mendarat 5 hari di Pelabuhan Klang pada Oktober 2012 dan apakah keuntungan kewangan lain yang diperoleh serta syarikat yang memperolehinya.

4) Kerajaan AS menggantung segala urusan dengan GDMA, justeru, kerajaan Malaysia perlu menghentikan segala urusan dengan  syarikat berkaitan dengan Fat Leonard sehingga satu siasatan penuh dilakukan untuk memastikan tiada unsur jenayah berlaku selama ini.

5) Skandal Fat Leonard ini bersifat krisis, kerana ia melibatkan kepincangan dalam aktiviti ketenteraan dan pentadbiran pelabuhan. Malah salah seorang pengarah Glenn Defense Marine dan Glenn Marine Group Malaysia merupakan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia. –

Tiada ulasan: