Persidangan Dewan Rakyat hari ini menolak cadangan usul Ahli Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Mohd Akin bagi membahaskan isu-isu berkaitan pengintipan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat, Australia dan Singapura.
Ketika mencadangkan usul tersebut, Shamsul berkata Dewan Rakyat perlu bertegas dalam memberi tekanan kepada tiga buah negara tersebut.
"Mesej yang jelas dan tegas perlu dilahirkan oleh rakyat. Kegagalan pihak kerajaan khususnya Perdana Menteri Datuk Najib Razak mengeluarkan pendirian tegas akan menyebabkan tindakan biadap ini terus berlaku," katanya.
Speaker Datuk Pandikar Amin Mulia berkata usul tersebut tidak perlu disegerakan kerana Menteri Luar akan mengambil tindakan ekoran bantahan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan