MALAYSIA KINI
VIDEO | 4:37 min
Kemunculan
semula mural Johor Bahru yang memaparkan seorang wanita membawa beg
Chanel yang sedang ditunggu oleh seorang perompak di beberapa lokasi di
bandaraya itu menunjukkan mural itu menjadi semakin popular di kalangan
penduduk tempatan.

Majlis
Bandaraya Johor Bahru telah memadam lukisan mural asal di Taman Molek
Rabu lalu atas alasan ia dilukis di tempat yang tidak sesuai dan
kerajaan negeri mendakwa yang ia boleh merosakkan imej bandaraya
tersebut.
Bagaimanapun

beberapa
penduduk tempatan yang ditemui wartawan citizen journalist, Fung
Lee-Jean sejurus sebelum lukisan itu dipadamkan oleh pihak majlis
bandaraya, memberi pandangan yang berbeza.

Ramai mengatakan bahawa lukisan itu positif dan menjadi satu
peringatan tentang masalah jenayah di bandaraya itu.
"(Pada) pandangan saya, ia adalah baik (kerana ia membangkitkan) kesedaran di kalangan orang ramai (mengenai jenayah

ragut)," kata seorang lelaki tempatan.
Sementara itu, seorang wanita berkata mural itu adalah sesuatu yang kreatif dan semua orang menyukainya.
Seorang lelaki berusia 20 tahun

yang
ditemui di tempat mural itu, menambah: "Ini sangat baik untuk
meningkatkan pelancongan, sama seperti (mural di) Pulau Pinang, dan pada
masa yang sama, mencerminkan masalah jenayah yang serius di Johor
Bahru."

Seorang
lagi wanita dalam usia 40-an itu, pula berkata, adalah lebih baik untuk
memasukkan gambar seorang anggota di dalam mural itu untuk menunjukkan
harapan terdesak penduduk supaya polis dapat memerangi jenayah.
Malah,
seorang pelukis tidak dikenali telah berbuat demikian, dengan menambah
dalam mural kontroversi itu, gambar seorang anggota polis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan